Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

220) LEBURAYA DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan tarikh dibina, tarikh siap, nama syarikat konsesi dan kadar tol semua lebuhraya yang melalui Selangor

    Kerajaan Negeri Selangor bukanlah pihak yang mempunyai akses kepada maklumat-maklumat terperinci seperti yang dipohon. Kelulusan berkaitan lebuhraya adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

  2. Nyatakan lebuhraya yang Kerajaan Negeri mempunyai pegangan saham dan jumlahnya

    Kerajaan Negeri mempunyai pegangan saham di dalam dua (2) lebuhraya iaitu Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS). Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui anak syarikatnya, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB) memiliki 20 peratus kepentingan ekuiti di dalam Lebuhraya SPRINT manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pula memiliki 30 peratus kepentingan ekuiti di dalam Lebuhraya KESAS. Pegangan saham ini dipegang oleh kedua-dua syarikat bermula pada tahun 1999 bagi KPSB dan tahun 1993 bagi PKNS.

Lampiran

Tiada Lampiran.