Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

199) LEBUHRAYA YANG AKAN DIBINA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan lebuhraya-lebuhraya yang telah mendapat kelulusan penggunaan tanah daripada Kerajaan Negeri, yang akan dibina.

    Lebuhraya-lebuhraya yang telah mendapat kelulusan untuk dibina dan sedang dalam proses pengambilan balik tanah adalah seperti berikut:

    BIL. LEBUHRAYA STATUS PENGAMBILAN TANAH
    1. Lebuhraya Pantai Barat

    (WCE)

    Diluluskan
    2. Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH) Diluluskan
    3. Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) Diluluskan
    4. East Klang Valley Expressway (EKVE) Diluluskan
    5.  Lebuhraya Putrajaya – KLIA

    (MEX II)

    Diluluskan
    6. Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA) Diluluskan

     

  2. Berapa lebuhraya yang telah ditolak permohonan penggunaan tanah milik Kerajaan Negeri sejak 2013?

    Sebanyak sebuah projek lebuhraya yang telah ditolak permohonan penggunaan tanah milik Kerajaan Negeri iaitu Lebuhraya Kinrara – Damansara (KIDEX) manakala sebuah lagi ditangguhkan iaitu Lebuhraya Serdang – Kinrara – Putrajaya (SKIP)

  3. Apakah status Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) yang dimaklumkan kepada penduduk telah mengemukakan permohonan pada 8 Disember 2015?

    Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak menimbangkan cadangan untuk pembinaan PJD Link di Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.