Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
247) LEBUHRAYA PETALING JAYA DISPERSAL LINK
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status cadangan projek Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link?
Tiada apa-apa permohonan yang telah ditimbang ke atas cadangan projek PJD Link.
-
Adakah mana-mana agensi kerajaan negeri mengadakan mesyuarat atau perbincangan mengenai lebuhraya ini?
Mesyuarat di peringkat pegawai telah dipanggil oleh pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) tentang cadangan ini dan UPEN Selangor telah hadir dengan menyatakan pendirian bahawa Kerajaan Negeri Selangor belum meneliti kewajaran projek berkenaan.