Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

45) LEBUHRAYA PERSISIRAN PANTAI BARAT (WCE)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dan perkembangan terkini pelaksanaan projek tersebut?

    Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bahawa peratus kemajuan pembinaan jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang terlibat di negeri Selangor sehingga Ogos 2018 adalah sebanyak 52%. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan secara berperingkat mengikut seksyen seperti berikut:

    Kerajaan Negeri melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 23/2018 yang diadakan pada 1 Ogos 2018 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 24/2018 pada 8 Ogos 2018 bersetuju LLM memulakan pelaksanaan pembinaan Seksyen 7 Lebuhraya WCE mengikut Opsyen 1 bermula Julai 2018.

  2. Sejauh manakah projek tersebut memberi impak pertumbuhan ekonomi kepada Selangor?

    Projek pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat ini berupaya meningkatkan peluang pekerjaan bagi penduduk setempat di mana bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan termasuk dalam sektor penyelenggaraan lebuhraya dan perniagaan di kawasan rehat dan rawat. Ianya juga dapat merangsang pembangunan sosio ekonomi sepanjang koridor lebuhraya. Lebuhraya ini juga akan memberikan limpahan pembangunan kepada penduduk sekitar di tambah dengan peningkatan nilai hartanah di sepanjang 93.8 km jajaran baru bermula dari Banting ke Tanjung Karang manakala menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) sedia ada sepanjang 50 km bermula dari Tanjung Karang ke Hutan Melintang yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Disamping itu juga, laluan ini menyediakan laluan alternatif yang lebih selesa, cepat, dan selamat ke utara dan selatan melalui pantai barat. Selain itu, ianya juga menyumbang ke arah perkembangan sektor pelancongan, ekonomi serta industri kecil dan sederhana.

Lampiran

Tiada Lampiran.