Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
158) LEBUHRAYA PERSISIRAN PANTAI BARAT (WCE)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Projek WCE di kawasan Tanjung Karang sehingga ke Sabak Bernam sepatutnya siap?
Jajaran daripada Tg. Karang ke Sabak Bernam adalah Jalan Persekutuan FT005. Tarikh siap bagi projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT005 dari Tg. Karang ke Sabak Bernam adalah seperti berikut :
Pakej Tg. Karang – Sabak Bernam : 23 Ogos 2021 (45 km)
Pakej Sabak Bernam – Hutan Melintang : 25 Jun 2018 (5 km) – telah siap
-
Adakah pihak Kerajaan ada membuat pemantauan tentang keselamatan di sepanjang jejaran Projek WCE?
Pemantauan tentang keselamatan di sepanjang jajaran projek dilaksanakan oleh pihak Pasukan Projek Khas, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Walau bagaimanapun, pihak JKR Selangor terlibat secara tidak langsung dalam memantau isu-isu keselamatan melalui mesyuarat tapak dan kaedah-kaedah lain dalam menyalurkan aduan dan laporan.