Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
132) LEBUHRAYA PANTAI BARAT (WCE)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan Lebuhraya tersebut ?
Kerajaan Negeri Selangor dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 30/2005 yang diadakan pada 30 November 2005 secara dasarnya telah menimbang dan bersetuju dengan pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE). Secara umumnya, setakat bulan September 2015, peratus kemajuan keseluruhan pembangunan projek Lebuhraya WCE adalah sebanyak 12.30% dengan peratus kemajuan pembinaan jajaran lebuh raya yang terlibat di negeri Selangor adalah sebanyak 12.50% manakala peratus kemajuan pembinaan jajaran lebuh raya yang terlibat di negeri Perak adalah sebanyak 12.20%. Kerja-kerja fizikal di tapak yang sedang berjalan adalah melibatkan kerja pembersihan tapak, pengalihan utiliti dan kerja-kerja rawatan tanah. Di samping itu, kerja-kerja pemasangan dan pengujian asas jenis cerucuk juga sedang berjalan di tapak.
-
Sila perjelaskan sudahkah jajaran WCE yang melintasi Negeri Selangor khususnya di Daerah Sabak Bernam dimuktamadkan ?
Secara umumnya, hampir keseluruhan jajaran lebuh raya WCE di Negeri Selangor telah dimuktamadkan, namun jajaran FR5 (Tanjung Karang – Hutan Melintang) masih dalam proses untuk dimuktamadkan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
-
Sila nyatakan apakah kaerah yang digunapakai untuk meminimakan kesan kacau ganggu terhadap rutin harian penduduk?
Bagi meminimakan kesan kacau ganggu kepada penduduk setempat, perkara-perkara seperti yang berikut telah dilaksanakan oleh syarikat konsesi, iaitu:
Perlaksanaan projek lebuhraya adalah berpandukan kepada Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP), Pelan Keselamatan Projek (PSP), Pelan Kualiti Projek (PQP) dan Best Management Practise (BMP). Kesemua pelan ini telah dikaji dengan mengambil kira impak terhadap persekitaran termasuk sosio ekonomi penduduk setempat;
Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dilaksanakan bagi mengawal kesan kepada aliran trafik di kawasan jalanraya yang terlibat. Pelan tersebut disediakan oleh juru perunding professional dengan kerjasama Juru Perunding Trafik. Pelan tersebut seterusnya akan disemak oleh Juru Audit Keselamatan Jalanraya dan disahkan oleh Jurutera Perunding Bebas sebelum dikemukakan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk kelulusan;
Penghadang dipasang di sepanjang kawasan pembinaan yang melibatkan jalan sedia ada untuk tujuan keselamatan kepada orang ramai;
Pemantauan berkala dilaksanakan oleh Juru Perunding Bebas terhadap kesan bunyi bising, kualiti udara dan kualiti air yang dijalankan setiap bulan bagi mengawasi kesan kerja pembinaan kepada alam sekitar. Laporan pemantauan akan dikemukakan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. Tindakan yang sewajarnya akan diambil sekiranya kesan tersebut melebihi tahap yang dibenarkan oleh Jabatan Alam