Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

199) LEBUHRAYA PANTAI BARAT (LPB)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini rancangan pembinaan Lebuh raya tersebut?

    Perkembangan terkini bagi Projek Lebuh raya Pantai Barat (LPB) masih di bawah Warta Seksyen 4 APT 1960 melalui WKN 2718 / bertarikh 18.07.2013 dan tempoh pewartaan bagi Seksyen 4 adalah satu (1) tahun dari tarikh warta tersebut. Pewartaan di bawah Seksyen 4 APT 1960 adalah bertujuan bagi menjalankan kajian ke atas struktur tanah dan ’soil test’

  2. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan pembinaan Lebuh raya Pantai Barat masih belum dilaksanakan?

    Pembinaan Lebuh raya Pantai Barat tidak dapat dilaksanakan kerana belum ada permohonan Pengambilan secara rasmi di bawah Seksyen 8 APT 1960 diterima oleh pihak JKPTG Negeri Selangor bagi membolehkan projek lebuh raya ini dibuat. Pengesahan pelaksanaan projek ini hendaklah diperolehi daripada Agensi Pemohon iaitu pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) & Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM).

  3. Sila nyatakan berapakah keluasan tanah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembinaan Projek Lebuh raya tersebut khususnya di Pekan Sekinchan?

    Pengambilan Tanah melibatkan sebanyak 3075 lot untuk Daerah Sabak Bernam dan sebanyak 607 lot di Mukim Pekan Sekinchan. Manakala keluasan Pengambilan tidak dapat dipastikan sehingga dimuktamadkan di bawah Seksyen 8 APT 1960 oleh Agensi Pemohon, Seksyen 4 APT 1960 hanya mewartakan No lot (Bilangan Lot) dan Mukim

Lampiran

Tiada Lampiran.