Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

197) LEBUHRAYA PANTAI BARAT

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pelaksanaan dan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di bahagian Seksyen 1 dan Seksyen 2, iaitu bahagian yang menghubungi Lebuhraya Persekutuan, KESAS dan SKVE?

    Seksyen Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang melalui dan menghubungkan Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway Route 2, FHR2), Lebuhraya KESAS dan Lebuhraya SKVE melibatkan jajaran Seksyen 1, Seksyen 2, Seksyen 3 dan Seksyen 4. Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan bagi kesemua empat seksyen tersebut seperti kerja tanah, pembinaan struktur dan jambatan, perparitan, cerun, turapan, kerja mekanikal dan elektrik, perabut jalan, bangunan dan lain-lain. Namun begitu,  pada masa ini kerja pembinaan adalah minimum dan terhad kepada kerja penyenggaraan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Antara punca kelewatan kerja pembinaan di Lebuhraya WCE terutamanya di Seksyen 3 adalah proses pengambilan tanah yang masih belum selesai yang melibatkan lot-lot langgar syarat.

    Sehingga 25 Julai 2021, status terkini peratus kemajuan pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat bagi seksyen yang terlibat adalah seperti berikut:-

     

    Seksyen Lebuh Raya Peratusan Kemajuan Semasa
    Seksyen 1

    (Persimpangan Banting-Persimpangan SKVE)

    79.14%
    Seksyen 2

    (Persimpangan SKVE-Persimpangan SAE)

    62.52%
    Seksyen 3

    (Persimpangan SAE-NKVE/FHR

    63.94%
    Seksyen 4

    (NKVE/FHR2-Persimpangan NNKSB)

    98.89%

Lampiran

Tiada Lampiran.