Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
204) LEBUHRAYA KINRARA DAMANSARA (KIDEX)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kelulusan yang masih belum diberikan kepada KIDEX yang diperlukan sebelum pembinaan dapat dilaksanakan. Sila perincikan seksyen undang-undang yang berkaitan?
Projek lebuhraya Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX) belum dimuktamadkan pelaksanaannya. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor telah meminta dan menetapkan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya terus mengadakan dialog, perbincangan ataupun Town Hall Meeting bagi berkongsi semua maklumat berhubung perancangan ini dan ia mestilah dikemukakan kepada semua
Kerajaan Negeri akan hanya mempertimbangkan permohonan bagi pelaksanaan mana-mana lebuhraya di Negeri Selangor seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan di dalam Belanjawan 2015 dengan syarat-syarat ketat seperti berikut:
- Kajian Impak Trafik (Traffic Impact Assesment – TIA) mestilah menguntungkan kepada pengguna lebuhraya dan juga penduduk sekitar dengan mengambilkira jajaran yang memberikan manfaat terbaik;
- Pendedahan kepada umum tentang kadar tol termasuklah cadangan kenaikannya dan juga kadar pulangan pelaburan (return of investement -ROI); dan
- Pendedahan kepada umum ke atas perjanjian
Maka itu, mana-mana pihak yang terlibat dalam apa jua bentuk pembangunan di Negeri Selangor mestilah mematuhi setiap proses dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan seumpamanya. Pematuhan kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan adalah sangat perlu supaya Kerajaan Negeri dapat mempertahankan rakyat daripada menerima masalah-masalah pencemaran, kesihatan, banjir, kemalangan dan sebagainya.
Dalam hal ini, pandangan dan pendapat awam serta pihak yang berkepentingan perlu diambilkira dan diberi pertimbangan supaya keutamaan atau kepentingan rakyat menjadi keutamaan kerana ia melibatkan cukai yang dibayar oleh rakyat.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan memberi penekanan dan mengambil langkah-langkah berikut:
- Perjanjian yang adil (tidak berat sebelah) iaitu, tidak memihak hanya kepada pemegang konsesi;
- Meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan;
- Memasukkan ke dalam perjanjian klausa penamatan awal (early termination clause) iaitu sekiranya pemegang konsesi telah mencapai projected profit bagi projek ini lebih awal dari tempoh konsesi tamat, maka perjanjian hendaklah ditamatkan lebih awal; dan
- Pra-syarat tambahan seperti perjanjian konsesi tidak terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).
-
Jika perjanjian konsesi tidak didedahkan kepada masyarakat umum, adakah kelulusan akan diberi pertimbangan?
Perjanjian konsesi telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan (Kementerian Kerja Raya) dan syarikat konsesi lebuhraya (KIDEX Sdn. Bhd.) pada 15 November 2013 dan dokumen perjanjian tersebut merupakan dokumen terkawal di bawah klasifikasi Sulit dan
Dalam hal ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai akses kepada perjanjian tersebut kerana bukanlah salah satu daripada pihak yang menandatangani perjanjian itu. Oleh itu, Kerajaan Negeri tidak dapat memberi pendedahan perjanjian tersebut kepada masyarakat umum.
Kerajaan Negeri mengamalkan ketelusan dalam pengurusan dan pentadbiran negeri terutamanya apabila melibatkan projek-projek pembangunan. Maka, Kerajaan Negeri menyokong supaya setiap perjanjian konsesi dapat didedahkan kepada umum. Oleh itu, Kerajaan Negeri mendesak supaya perjanjian konsesi didedahkan sebagai syarat dalam memberi pertimbangan dan kelulusan bagi permohonan tersebut.