Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
67) LEBUHRAYA EKVE
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembinaan Lebuhraya EKVE?
Status kemajuan fizikal keseluruhan kerja-kerja pembinaan bagi Projek Lebuhraya EKVE setakat 29hb Februari 2016 adalah 1.10%. Aktiviti-aktiviti yang sedang giat dijalankan ditapak adalah melibatkan site clearing di Pakej 1 dan 2 iaitu kawasan Hulu Langat dan Ampang. Manakala di Pakej 3 iaitu kawasan Jalan Ukay Perdana, kerja-kerja menaik taraf sedang dijalankan dari Ukay Perdana ke Persimpangan Bertingkat Kg. Pasir dan juga penjajaran semula Sg. Sering di Ukay
-
Apakah penyelesaian Kerajaan Negeri terhadap bantahan rakyat berkenaan pembinaan lebuhraya tersebut?
Jajaran EKVE telah dikenal pasti dan dibincangkan secara terperinci di peringkat Jawatankuasa Teknikal Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD). Ia juga telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Teknikal peringkat Persekutuan yang dipengerusikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Cadangan jajaran EKVE telah dibentangkan dan dipamerkan secara khusus kepada umum untuk bantahan dan pandangan bagi proses pewartaan Rancangan Tempatan Negeri Selangor 2020. Siasatan dan pendengaran awam untuk deraf Rancangan Tempatan telah dilaksanakan terlebih dahulu mengikut kaedah-kaedah yang diperuntukkan di dalam Sub-Seksyen 12(3) Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 (Akta 172) sebelum pewartaan dibuat pada 26hb. Mei 2011, No. Warta 1921.
Di antara bantahan-bantahan yang diterima daripada penduduk setempat dan badan-badan bukan Kerajaan (NGO) adalah berkaitan jajaran EKVE yang melalui Rizab Hutan dan kawasan tadahan air Ampang serta penglibatan kerja- kerja menaiktaraf Jalan Ukay Perdana sebagai laluan lebuhraya yang dikhuatiri bakal memburukkan kesesakan yang sedia ada.
Pihak LLM dan EKVE Sdn. Bhd. sentiasa memberikan perhatian terhadap bantahan dan pandangan yang diterima daripada penduduk setempat. Setiap aduan dan bantahan dikaji dan diberikan maklumbalas yang sewajarnya berdasarkan kepada keupayaan yang ada berpandukan kepada Perjanjian Konsesi lebuhraya.