Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

175) LEBUHRAYA DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan lebuhraya-lebuhraya baharu yang dicadangkan dan diluluskan pembinaannya di Selangor dari tahun 2010-2015?

    Bagi tempoh sepanjang tahun 2010 – 2015, terdapat perancangan untuk membina lima (5) lebuhraya dengan status kelulusan untuk setiap lebuhraya adalah seperti berikut :

     

    • Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH)

     

    • Kerajaan Negeri bersetuju bagi memasukkan jajaran Lebuhraya DASH ke dalam Pelan Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melalui MMKN Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 15/2012 yang disahkan oleh MMKN Ke 16/2012 pada 2 Mei 2012

     

    1. Lebuhraya Sg Besi – Ulu Kelang (SUKE)

     

    • Kerajaan Negeri bersetuju dengan Projek Lebuhraya Bertingkat SUKE kerana ia membawa impak positif kepapda pembangunan negeri melalui MMKN Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 16/2012 yang disahkan oleh MMKN Ke 17/2012 pada 9 Mei

     

    • Lebuhraya Serdang – Kinrara – Putrajaya (SKIP)

     

    • Kerajaan Negeri meluluskan secara dasar Projek Penswastaan Lebuhraya Serdang-Kinrara-Putrajaya (SKIP) dan bersetuju dengan jajaran lebuhraya tersebut melalui MMKN Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 14/2012 yang disahkan oleh MMKN Ke 15/2012 pada 26 April 2012

     

    • Lebuhraya East Klang Valley Expressway (EKVE)

     

    • MMKN Ke 45/2014 yang bermesyuarat pada 19 November 2014 secara dasarnya telah bersetuju dengan jajaran jalan Fasa I Projek EKVE dan diwartakan sebagai Rizab Jalan (lebuhraya) serta hasil rumusan mesyuarat penyelarasan antara agensi yang diselaraskan oleh pihak JPBD Selangor pada 22 September 2014 perlu dipatuhi dalam melaksanakan projek ini

     

    1. Lebuhraya Pantai Barat (WCE)

     

    • Kerajaan Negeri secara dasar bersetuju akan cadangan pembinaan laluan bertingkat menghubungkan New North Klang Straits Bypass (NNKSB) ke Jalan Persekutuan 2 (FR2) dan menaik taraf Jalan Persekutuan FR5 dalam melaksanakan Projek Lebuhraya WCE

     

  2. Apakah faktor-faktor pertimbangan Kerajaan Negeri untuk meluluskan pembinaan lebuhraya ini?

    Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan pendekatan mengambil kira pandangan orang ramai dalam menentukan kelulusan sesebuah projek agar ia membawa manfaat menyeluruh. Selain daripada pembangunan ekonomi, Pentadbiran Negeri Selangor turut menitikberatkan sumbangan sosial dan manusiawi dalam setiap projek yang diluluskan. Dasar pembangunan berkualiti, rakyat dipeduli akan menjadi teras dalam setiap pembangunan di Negeri Selangor.

     

    Oleh itu, Kerajaan Negeri akan hanya mempertimbangkan permohonan bagi pelaksanaan mana-mana lebuhraya di Negeri Selangor dengan syarat-syarat seperti berikut:

     

    1. Kajian Impak Trafik (Traffic Impact Assesment – TIA) mestilah menguntungkan kepada pengguna lebuh raya dan juga penduduk sekitar dengan mengambilkira jajaran yang memberikan manfaat terbaik;
    2. Pendedahan kepada umum tentang kadar tol termasuklah cadangan kenaikannya dan juga kadar pulangan pelaburan (return of investment

    ROI); dan

    • Pendedahan kepada umum ke atas perjanjian

     

    Maka itu, mana-mana pihak yang terlibat dalam apa jua bentuk pembangunan di Negeri Selangor mestilah mematuhi setiap proses dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan seumpamanya. Pematuhan kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan adalah sangat perlu supaya Kerajaan Negeri dapat mempertahankan rakyat daripada menerima masalah-masalah pencemaran, kesihatan, banjir, kemalangan dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.