Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
150) LEBUHRAYA BAHARU
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan lebuhraya yang telah diluluskan dan sedang dibina di Selangor.
Untuk makluman YB, pembinaan mana-mana lebuhraya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan dan pemantauan kepada kerja-kerja pembangunan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Terdapat lima (5) konsesi lebuhraya yang telah diluluskan dan sedang dibina di Negeri Selangor iaitu:
BIL.
LEBUHRAYA
KELULUSAN
1. Lebuhraya Pantai Barat (WCE) November 2005 2. Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH)
Mei 2012 3. Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE)
Mei 2012 4. East Klang Valley Expressway (EKVE) Mei 2012 5. Lebuhraya Putrajaya – KLIA (MEX II) April 2000 Manakala Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA) masih dalam proses bawah Seksyen 4 untuk tujuan kajian lanjutan ukur dan siasatan tanah.
-
Nyatakan jumlah pemegang saham Kerajaan Negeri ke atas lebuhraya berikut.
Hasil semakan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati tiada pemegang saham Kerajaan Negeri ke atas projek lebuhraya di