Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
58) LEBUHRAYA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah status milikan ROW (right of way) atau rizab kiri dan kanan lebuh raya?
Hasil semakan, hanya terdapat satu pewartaan sahaja di bawah Seksyen 62(1)KTN untuk tujuan laluan keluar masuk iaitu di Mukim Tanjung 12, Lot 45435, Daerah Kuala Langat, PA 144281, iaitu untuk tujuan keluar masuk dari tapak projek Malaysia Land ke KLIA Expressway dan dikawal oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Warta No.1193/2010).
-
Adakah ia sudah diwartakan mengikut Kanun Tanah Negara?
Ya, ia sudah diwartakan di bawah Seksyen 62(1) Kanun Tanah Negara.