Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

154) LEBUH RAYA SUKE

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria yang digunakan oleh kerajaan untuk menentukan laluan lebuh raya SUKE?

    Kerajaan Negeri sentiasa menyambut baik terhadap sebarang perancangan berhubung pembinaan lebuhraya di dalam Negeri Selangor. Kerajaan Negeri tiada kuasa bagi menentukan laluan / jajaran SUKE kerana ia di dalam bidang kuasa pihak LLM dan konsesi terlibat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi bagi pembinaan lebuhraya tersebut. Antara kriteria tersebut adalah supaya dilaksanakan perjanjian yang adil (tidak berat sebelah) iaitu, tidak hanya memihak kepada pemegang konsesi, meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan dan memasukkan klausa penamatan awal (early termination clause) iaitu perjanjian haruslah ditamatkan sekiranya pemegang konsesi telah mencapai keuntungan projek dalam masa yang lebih awal daripada tempoh perjanjian yang dimuktamadkan.

  2. Adakah bangunan yang bersejarah dalam laluan SUKE akan dipelihara dan bagaimana?

    Setakat ini melalui perbincangan dan pemerhatian, tiada terdapat bangunan bersejarah yang terlibat dalam pembinaan lebuhraya tersebut. Jika sekiranya ada, Kerajaan Negeri akan membawa perkara ini kepada jabatan dan agensi yang berkaitan untuk semakan dan cara-cara bagi memelihara bangunan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.