Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
279) LEBUH RAYA BERTOL DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan perkembangan terkini projek Lebuh raya DASH, SKIP, EKVE dan SUKE.
Perkembangan terkini projek lebuh raya DASH, SKIP, EKVE dan SUKE yang dimaklumkan oleh Lembaga Lebuh raya Malaysia adalah seperti berikut:
BIL.
LEBUH RAYA
STATUS TERKINI
1. Lebuh raya Damansara – Shah Alam (DASH) Sehingga akhir bulan September 2017, kemajuan kerja sebenar bagi projek Lebuhraya DASH adalah 16.04% berbanding kemajuan yang dijadualkan sebanyak 16.45%. Kelewatan sebanyak 0.41%. Kerja-kerja yang sedang giat dijalankan di tapak adalah pembersihan tapak, geoteknikal, pelan pengurusan trafik (TMP), substruktur (borepile dan pilecap), struktur (pier column) dan kawalan alam sekitar. 2. Lebuh raya Serdang – Kinrara – Putrajaya (SKIP)
Ditangguhkan dan tidak diteruskan BIL.
LEBUH RAYA
STATUS TERKINI
3. East Klang Valley Expressway (EKVE) Sehingga akhir bulan September 2017, kemajuan kerja sebenar adalah sebanyak 29.13% berbanding kemajuan yang dijadualkan sebanyak 29.11%. Mendahului jadual sebanyak 0.02%. Kerja-kerja yang sedang giat dijalankan di tapak adalah kerja tanah, kerja geoteknikal, pelan pengurusan trafik, substruktur (borepile dan pilecap), struktur (pier column) dan kawalan alam sekitar di sekitar tapak projek. 4. Lebuh raya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) Sehingga akhir bulan September 2017, kemajuan kerja sebenar adalah sebanyak 17.26% berbanding kemajuan yang dijadualkan sebanyak 17.07%. Mendahului jadual sebanyak 0.19%. Kerja-kerja yang sedang giat dijalankan di tapak adalah pembersihan tapak, penyiasatan tapak (SI), pelan pengurusan trafik, kerja-kerja borepile dan kawalan alam sekitar di sekitar tapak projek. -
Adakah terdapat lebuh raya baru dalam perancangan untuk ganti KIDEX yang telah dibatalkan?
Kerajaan Negeri pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk menggantikan lebuh raya KIDEX yang telah
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam meluluskan pembinaan lebuh raya-lebuh raya tersebut?
Kekangan yang dihadapi untuk pembinaan lebuh raya-lebuh raya tersebut adalah seperti berikut:
- Jajaran yang merentasi kawasan-kawasan yang sensitif contohnya jajaran yang melalui kawasan hutan
- Jajaran yang merentasi kawasan perumahan dan kemudahan utiliti sedia ada.
- Bantahan oleh komuniti setempat, NGO alam sekitar dan aktivis sosial daripada pelbagai lapisan