Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

63) LEBUH RAYA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri memiliki pegangan saham di syarikat konsesi lebuh raya tertentu. Nyatakan nama syarikat konsesi lebuh raya dan jumlah pegangan saham yang dimiliki?

    Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui anak syarikatnya Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) memiliki 20% kepentingan ekuiti di dalam Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn. Bhd. (SPRINT). Jumlah pelaburan Kumpulan Perangsang di dalam SPRINT adalah sebanyak RM131.7 juta. Manakala sepanjang tempoh dari tahun 2008 hingga 2013, SPRINT telah merekodkan kerugian yang mana pihak SPRINT tidak dapat mengisytiharkan dividen kepada pemegang-pemegang sahamnya.

  2. Nyatakan jumlah nilai pelaburan dan keuntungan yang diperoleh Kerajaan Negeri dari 2008 hingga 2013?

    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memiliki pegangan saham sebanyak 30% kepentingan ekuiti di dalam KESAS Holdings Berhad (KESAS). Jumlah pelaburan PKNS adalah sebanyak RM141.2 juta dengan mencatatkan keuntungan dividen dari tahun 2008 hingga 2013 berjumlah RM24.6 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.