Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

110) LAWATAN YAB MENTERI BESAR KE LUAR NEGARA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan lawatan-lawatan Y.A.B. Menteri Besar ke luar negara serta tujuannya pada tahun 2016.

    Lawatan YAB Dato’ Menteri Besar ke luar Negara yang diuruskan oleh Invest Selangor adalah seperti berikut:-

    Bil Misi Tarikh Ahli Delegasi Tujuan Lawatan Kos Lawatan (RM)
    1 MISI PERDAGANGAN & PELABURAN

    JEPUN

    –      Tokyo,

    –      Nagoya

    –      Kobe

    15 – 21 Mei 2016 i.     Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor

     

    ii.   Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, EXCO (Pelaburan, Perdagangan & Industri, SME & Pengangkutan)

     

    iii.  En. Hasan Azhari Hj. Idris, CEO Invest Selangor Berhad,

     

    iv.  En. Syahid Othman,Pegawai, Invest Selangor Berhad

     

    v.   En. Mohd Zharif Sulam, Invest Selangor Berhad

     

    vi.  Mahmud Abas, CEO Central Spectrum Berhad

     

    vii. Farah Waheda Zain, Central Spectrum Berhad

     

    viii.  Mohd Razif Abdul Wahab, Central Spectrum Berhad

     

    ix.    Ms. Ooi Haw Voon

    Tujuan lawatan ini adalah bagi mempromosi peluang-peluang pelaburan di negeri Selangor dan Selangor International Expo 2016.

     

     

    RM 294,636.84
  2. Nyatakan kos lawatan dan hasil yang peroleh.

    Kos lawatan ini adalah sebanyak RM294,636.84.

    Usaha penggalakan pelaburan ke luar negara sememangnya telah meningkatkan minat pelabur asing untuk menerokai peluang-peluang yang ada di Negeri Selangor. Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri lebih memberi tumpuan kepada sektor aero angkasa, sains hayat, teknologi bio, e-Dagang dan halal. Sektor-sektor ini semakin mendapat tempat selari dengan perkembangan ekonomi dunia yang kini lebih menjurus kepada perniagaan atas talian, sains dan teknologi bio serta pengangkutan.

    Namun begitu, para pelabur ini mengambil masa di antara enam (6) bulan hingga ke satu (1) tahun atau malah dua (2) tahun dalam membuat keputusan untuk melabur di negara asing. Hal ini kerana para pelabur mengambil kira pelbagai aspek terutamanya kestabilan politik dan ekonomi sesebuah negara,  di samping implikasi kewangan syarikat dalam mendapatkan lokasi yang strategik, keperluan pekerja, logistik untuk pengedaran bahan mentah dan barang siap serta kemudahan infrastruktur di satu-satu lokasi.

    Selain daripada itu, misi penggalakan pelaburan ke luar negara ini juga turut memberikan penekanan di dalam usaha untuk mempromosikan Selangor International Expo 2016 di mana sektor yang terlibat di dalam expo tersebut telah diberi penekanan di dalam misi promosi di luar negara. Hasilnya hanya akan dapat dilihat semasa Expo yang akan diadakan pada Oktober ini.

    Untuk menjadikan Selangor terkenal di kalangan negara-negara ASEAN, Kerajaan negeri perlu mempelajari bagaimana sesuatu industri di negara luar negara berkembang pesat dan bagaimana industri berkenaan bermula. Pengalaman-pengalaman dari agensi-agensi luar negara juga diambil kira bagi memajukan sesuatu industri di Selangor. Sebagai contoh, Selangor Bio Bay diilhamkan hasil daripada lawatan kerja ke San Francisco pada tahun lalu dan ianya kini sedang dalam proses pembangunan. Ini adalah antara hasil yang diperolehi daripada lawatan ke luar negara.

    Antara sektor-sektor yang banyak menerima maklumbalas/pertanyaan ketika lawatan penggalakan pelaburan diadakan di luar negara:

    Negara Sektor
    Singapura Aeroangkasa

     

    Australia Bioteknologi

     

    Korea Selatan Teknologi Bio, Sains Hayat, Bio Medik, Farmaseutikal, Kosmetik

     

    Lawatan sambil belajar ke Technology Park

     

    Vietnam Halal (Pembuatan Makanan)

     

    Lawatan sambil belajar ke Industrial Park

     

    Thailand Halal (Pembuatan Makanan)

     

    USA Bio-Teknologi, Start Up Company

     

    UAE Halal (Pembuatan Makanan), Peruncitan & Francais, Logistik
    Jepun Halal, Bio-Teknologi

     

    China E-dagang, Start Up Company, halal

     

    Taiwan E-dagang, Start Up Company, Halal (Pembuatan Makanan), Farmaseutikal, Kosmetik

     

    United Kingdom Aeroangkasa

     

    Lawatan ke Jepun yang telah diadakan ini telah berjaya menarik minat syarikat Jepun untuk membuat penambahan pelaburan bernilai RM2 bilion dalam industri automotif.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.