Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

289) LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan lawatan sambil belajar ke luar negara di setiap PBT pada tahun 2016?

    Lawatan sambil belajar ke luar negara di setiap PBT pada tahun 2016 adalah sebanyak 38 lawatan. Walau bagaimanapun, lima (5) PBT iaitu MPKj, MDKL, MDHS, MDKS dan MDSB tiada lawatan ke luar negara. Butiran lawatan sambil belajar ke luar negara mengikut PBT adalah seperti di Jadual

     

    PBT BILANGAN LAWATAN
    MBSA 13
    MBPJ 15
    MPK 2
    MPAJ 2
    MPSJ 3
    MPS 1
    MPKj Tiada Lawatan Ke Luar Negara
    MPSP 2

     

    PBT BILANGAN LAWATAN
    MPSP 2
    MDKL  

     

     

    Tiada Lawatan Ke Luar Negara

    MDHS
    MDKS
    MDSB
    JUMLAH 38

     

    Jadual 1: Bilangan lawatan ke luar negara bagi PBT Negeri Selangor

     

    Nota: Senarai perincian lawatan seperti di Lampiran A.

     

  2. Apakah manfaat dan kejayaan dari program lawatan tersebut?

    Manfaat program dan kejayaan PBT daripada program /lawatan adalah seperti berikut:-

     

    • Mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan terbaik seperti Selangor International Expo 2016 (SIE 2016) yang dapat menggalakkan Negara Luar datang ke Negeri Selangor;

    • bertukar maklumat dan pandangan dengan agensi-agensi antarabangsa yang terlibat;

     

    • memberi pendedahan mengenai aspek pengurusan kawasan perindustrian dan mempromosikan kawasan perindustrian di Negeri Selangor;

     

    • meningkatkan kesedaran orang awam mengenai pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan;

     

    • dapat mempelajari teknologi dan sistem /aplikasi di tempat yang dilawati; dan

     

    • meningkatkan semangat kesukanan di peringkat

     

Lampiran

Tiada Lampiran.