Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

139) LAWATAN RASMI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua lawatan rasmi ke luar negara oleh setiap ahli MMKN sejak Pilihan Raya Negeri yang lepas.

    Selepas pembentukan Kerajaan Negeri Penggal Ke-15 pada 21 Ogos 2023 sehingga Jun 2024, sebanyak 30 program ke luar negara telah disertai oleh Y.B. Ahli MMKN seperti ringkasan berikut:

     

    Tempoh /

    Jumlah Program

    Negara Kos (RM)
    Sep – Dis 2023

    13 Program

     

    Indonesia, Filipina, Thailand, China, Taiwan, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Czech Republic & United Kingdom 2,451,045.00

     

    Jan – Jun 2024

    17 Program

    Thailand, China, Taiwan, Jepun,  Qatar, Australia, Turkiye, Jerman, Belanda, United Kingdom & Perancis 3,876,631.00

     

    Kos Keseluruhan 6,327,676.00

     

    1. Penyertaan Y.B. Ahli MMKN ke luar negara adalah melibatkan program rasmi seperti kunjungan hormat, perbincangan, kerjasama melalui memorandum persefahaman, misi promosi penggalakan pelaburan, misi pelancongan dan persidangan antarabangsa menggunakan peruntukan pembangunan dan mengurus Jawatankuasa Tetap masing-masing. Perincian program rasmi ke luar negara bagi setiap Y.B. Ahli AMMKN mulai September 2023 sehingga Jun 2024 adalah seperti di Lampiran A.

     

    1. Secara keseluruhan, program rasmi ke luar negara yang dilaksanakan oleh Y.B. Ahli MMKN telah memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negeri, menjana nilai potensi pelaburan serta memperkasakan lagi hubungan strategik dengan negara yang dikunjungi. Impak positif ini dapat digunakan secara optimum untuk kelestarian ekonomi negeri.

     

    1. Kesan langsung lawatan/ tugas rasmi Y.B. AMMKN ke luar negara boleh diterjemahkan dalam pencapaian negeri Selangor tahun 2023 seperti berikut:

     

    1. Selangor merekodkan jumlah pelaburan RM55.3 bilion tahun 2023 melebihi sasaran RM45 bilion yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

     

    1. Selangor juga muncul sebagai negeri dikunjungi paling ramai pelawat domestik pada 2023 dengan 27.6 juta pelawat domestik.

     

    1. Disamping itu, Kerajaan Negeri dan semua jabatan/agensi turut menerima faedah daripada program luar negara seperti berikut:

     

    • Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) 2023 telah mewujudkan banyak kerjasama serta rundingan penting seperti business matching antara pengkarya dan penerbit berpotensi, hak cipta (copyright) seperti terjemahan dan terbitan ke layar perak melibatkan karya-karya nusantara.

     

    • Misi pelaburan ke Indonesia telah membuka peluang kepada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk menembusi pasaran serta meningkatkan pelaburan luar negara pelbagai sektor dalam skala yang besar.

     

    • Misi pelaburan ke Jepun telah memberi pendedahan mendalam tentang industri teknologi, tren, inovasi terkini dan keperluan pasaran untuk memudahkan pemilihan strategi perniagaan.

     

    • Pertemuan dengan model teroka (Plug & Play Jepun dan Kepple) telah meneroka peluang pelaburan dan rangkaian bersama untuk syarikat pemula di Selangor untuk melahirkan lebih banyak syarikat unicorn yang baharu.

     

    • Business Matching antara syarikat di Hangzhou, China bersama peserta ECX23 telah memberi pendedahan kepada ekosistem digital dan amalan e-dagang di China dan pengadaptasian Model Perniagaan Alibaba kepada syarikat pemula di negeri Selangor.

     

    • Program XXVIITH World Road Congress 2023 di Prague, Czech Republic telah memberi pendedahan kepada jabatan/ agensi teknikal untuk mengenalpasti, membangun, dan melaksanakan amalan penyenggaraan jalan yang terbaik.

     

    • Selepas penyertaan Kerajaan Negeri ke Projek Tanaman Melon Bernilai Tinggi di Furano, Hokkaido Jepun, Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah memulakan perancangan dengan mewujudkan Koperasi Melon SeIangor yang dianggotai lebih daripada 120 pengusaha daripada seluruh negeri Selangor.

     

    • Misi Pelancongan ke Taiwan telah membuka peluang kerjasama segmen pelancongan edutourism khususnya dalam program Lawatan Sustainable Development Goals (SDG) dan Environment, Social, Governance (ESG) yang bakal diperkembangkan lagi bagi kedua-dua pihak.

     

    • Penyertaan ke UNFCCC COP 28 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu telah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada Kerajaan Negeri berkaitan pengurusan perubahan iklim di peringkat global dan seterusnya membantu memuktamadkan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor menjelang Jun 2024.
  2. Sila butirkan tujuan, kos, dan delegasi.

    Selepas pembentukan Kerajaan Negeri Penggal Ke-15 pada 21 Ogos 2023 sehingga Jun 2024, sebanyak 30 program ke luar negara telah disertai oleh Y.B. Ahli MMKN seperti ringkasan berikut:

     

    Tempoh /

    Jumlah Program

    Negara Kos (RM)
    Sep – Dis 2023

    13 Program

     

    Indonesia, Filipina, Thailand, China, Taiwan, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Czech Republic & United Kingdom 2,451,045.00

     

    Jan – Jun 2024

    17 Program

    Thailand, China, Taiwan, Jepun,  Qatar, Australia, Turkiye, Jerman, Belanda, United Kingdom & Perancis 3,876,631.00

     

    Kos Keseluruhan 6,327,676.00

     

    1. Penyertaan Y.B. Ahli MMKN ke luar negara adalah melibatkan program rasmi seperti kunjungan hormat, perbincangan, kerjasama melalui memorandum persefahaman, misi promosi penggalakan pelaburan, misi pelancongan dan persidangan antarabangsa menggunakan peruntukan pembangunan dan mengurus Jawatankuasa Tetap masing-masing. Perincian program rasmi ke luar negara bagi setiap Y.B. Ahli AMMKN mulai September 2023 sehingga Jun 2024 adalah seperti di Lampiran A.

     

    1. Secara keseluruhan, program rasmi ke luar negara yang dilaksanakan oleh Y.B. Ahli MMKN telah memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negeri, menjana nilai potensi pelaburan serta memperkasakan lagi hubungan strategik dengan negara yang dikunjungi. Impak positif ini dapat digunakan secara optimum untuk kelestarian ekonomi negeri.

     

    1. Kesan langsung lawatan/ tugas rasmi Y.B. AMMKN ke luar negara boleh diterjemahkan dalam pencapaian negeri Selangor tahun 2023 seperti berikut:

     

    • Selangor merekodkan jumlah pelaburan RM55.3 bilion tahun 2023 melebihi sasaran RM45 bilion yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

     

    • Selangor juga muncul sebagai negeri dikunjungi paling ramai pelawat domestik pada 2023 dengan 27.6 juta pelawat domestik.

     

    1. Disamping itu, Kerajaan Negeri dan semua jabatan/agensi turut menerima faedah daripada program luar negara seperti berikut:

     

    • Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) 2023 telah mewujudkan banyak kerjasama serta rundingan penting seperti business matching antara pengkarya dan penerbit berpotensi, hak cipta (copyright) seperti terjemahan dan terbitan ke layar perak melibatkan karya-karya nusantara.

     

    • Misi pelaburan ke Indonesia telah membuka peluang kepada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk menembusi pasaran serta meningkatkan pelaburan luar negara pelbagai sektor dalam skala yang besar.

     

    • Misi pelaburan ke Jepun telah memberi pendedahan mendalam tentang industri teknologi, tren, inovasi terkini dan keperluan pasaran untuk memudahkan pemilihan strategi perniagaan.

     

    • Pertemuan dengan model teroka (Plug & Play Jepun dan Kepple) telah meneroka peluang pelaburan dan rangkaian bersama untuk syarikat pemula di Selangor untuk melahirkan lebih banyak syarikat unicorn yang baharu.

     

    • Business Matching antara syarikat di Hangzhou, China bersama peserta ECX23 telah memberi pendedahan kepada ekosistem digital dan amalan e-dagang di China dan pengadaptasian Model Perniagaan Alibaba kepada syarikat pemula di negeri Selangor.

     

    • Program XXVIITH World Road Congress 2023 di Prague, Czech Republic telah memberi pendedahan kepada jabatan/ agensi teknikal untuk mengenalpasti, membangun, dan melaksanakan amalan penyenggaraan jalan yang terbaik.

     

    • Selepas penyertaan Kerajaan Negeri ke Projek Tanaman Melon Bernilai Tinggi di Furano, Hokkaido Jepun, Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah memulakan perancangan dengan mewujudkan Koperasi Melon SeIangor yang dianggotai lebih daripada 120 pengusaha daripada seluruh negeri Selangor.

     

    • Misi Pelancongan ke Taiwan telah membuka peluang kerjasama segmen pelancongan edutourism khususnya dalam program Lawatan Sustainable Development Goals (SDG) dan Environment, Social, Governance (ESG) yang bakal diperkembangkan lagi bagi kedua-dua pihak.

     

    • Penyertaan ke UNFCCC COP 28 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu telah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada Kerajaan Negeri berkaitan pengurusan perubahan iklim di peringkat global dan seterusnya membantu memuktamadkan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor menjelang Jun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.