Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
98) LAWATAN KE LUAR NEGARA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa kalikah lawatan yang diberi peluang kepada Ahli Dewan Negeri?
Tiada had bilangan yang ditetapkan bagi lawatan ke luar negara oleh Ahli Dewan Negeri (ADN).
Walau bagaimanapun peluang lawatan dan tempat-tempat yang dipilih adalah berdasarkan kepada tujuan lawatan dibuat, justifikasi yang kukuh serta peruntukan yang mencukupi sebelum diangkat untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor.
-
Mengapakah dipilih tempat-tempat tertentu?
Sama seperti di SUB(a)
-
Berapakah perbelanjaan keseluruhan yang telah digunakan?
Perbelanjaan keseluruhan bagi lawatan ke luar negara ADN dari Januari sehingga September 2012 adalah berjumlah RM849,258.87.