Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

8) LAWATAN KE LUAR NEGARA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah lawatan ke luar negeri yang telah di luluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2019?

    Bagi tahun 2019, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan sebanyak 86 lawatan rasmi yang melibatkan Kunjungan Hormat, Misi Promosi Penggalakan Pelaburan, menghadiri Persidangan Antarabangsa, menjadi peserta pameran, menghadiri kursus serta penyertaan pertandingan di peringkat antarabangsa.

  2. Sila beri pecahan peratus lawatan yang melibatkan anggota pentadbiran and lawatan yang tiada anggota pentadbiran?

    Daripada sejumlah 86 lawatan rasmi yang diadakan, 33 lawatan melibatkan anggota pentadbiran Kerajaan Negeri iaitu Y.B. AMMKN manakala selebihnya 53 lawatan rasmi tidak melibatkan Y.B. AMMKN sebagai delegasi mahupun peserta.

  3. Apakah jumlah perbelanjaan untuk semua lawatan ini?

    Jumlah perbelanjaan bagi kesemua lawatan ini adalah RM7,868,551.15.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.