Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
260) LAWATAN KE INDUSTRI OLEH SEKOLAH-SEKOLAH DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah lawatan industri yang dilakukan oleh sekolah di Negeri Selangor ke industri-industri di Selangor mengikut sektor industri bagi tahun 2024.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor ambil maklum keprihatinan Yang Berhormat berkaitan lawatan sekolah-sekolah di negeri Selangor ke industri-industri di Selangor mengikut sektor bagi tahun 2024. Di negeri Selangor terdapat 942 buah sekolah yang beroperasi terdiri daripada 281 buah sekolah menengah dan 661 buah sekolah rendah.
Untuk makluman Yang Berhormat, mulai bulan Mac 2024 sehingga 31 Oktober 2024 sebanyak 3903 permohonan lawatan murid sekolah di Selangor telah diterima dan diluluskan. Sebanyak 2059 bersamaan 52.8 peratus daripada jumlah permohonan lawatan tersebut adalah melibatkan sektor industri di Selangor.
Berdasarkan semakan data permohonan sekolah, JPN Selangor mendapati terdapat empat sektor industri yang menjadi tumpuan sekolah untuk dilawati iaitu:
- a) Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS);
- b) Sektor Industri Makanan dan Minuman;
- c) Sektor Industri Pelancongan;
- d) Sektor Industri Pembuatan.
Sektor Industri Makanan/Minuman merupakan tumpuan utama pihak sekolah iaitu sebanyak 844 sekolah di negeri Selangor. Sektor Industri Pelancongan sebanyak 771 buah sekolah manakala Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta Sektor Industri Pembuatan masing-masing 247 buah sekolah dan 197 buah sekolah.
LAWATAN KE INDUSTRI DI SELANGOR OLEH SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR MULAI MAC HINGGA 31 OKTOBER 2024
INDUSTRI KECIL & SEDERHANA (IKS) INDUSTRI MAKANAN/ MINUMAN INDUSTRI PELANCONGAN INDUSTRI PEMBUATAN 247 844 771 197 JUMLAH KESELURUHAN = 2059