Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
303) LATIHAN USAHAWAN IT (SITEC)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan bentuk program latihan yang disediakan dalam inisiatif ini.
Program Latihan:
Daripada tahun 2018 sehingga 2021, SITEC telah memperkenalkan program E-Class Class (Kelas E-dagang), iaitu program latihan percuma mengenai topik-topik digitalisasi untuk usahawan di Selangor. Pada tahun 2022, program ini dijenama semula kepada Program Selangor E-Commerce Education.
Pada tahun 2023, program Selangor E-Commerce Education dinaik taraf kepada program Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX). Modul dan konsep ECX menumpukan kepada kesiapan pelaburan dan perkembangan perniagaan, menyediakan peserta dengan bengkel intensif, klinik pitching, dan bimbingan mentor dari pakar industri.
Kelebihan program ini termasuk akses kepada rangkaian dan perkongsian, peluang pembiayaan dan pelaburan, pendedahan pasaran, transformasi digital, bimbingan daripada pakar, serta pembangunan kemahiran. Peserta akan mengikuti 10 bengkel perniagaan dan 5 kursus pitching berkenaan topik seperti e-dagang, model perniagaan, dan kemahiran pitching.
-
Apakah prasyarat untuk menyertai latihan usahawan IT ini? Adakah agensi berkaitan menjalankan aktiviti "reach-out" untuk mempromosi dan memperkenalkan inisiatif ini kepada umum?
Prasyarat untuk Menyertai Program Latihan Usahawan IT:
- Warganegara Malaysia
- Berumur lebih 16 tahun
- Menetap di Selangor
Prasyarat untuk Menyertai Program ECX:
- Berdaftar di bawah SSM
- Pemohon mesti sama ada pengasas atau pengasas bersama
- Beroperasi dalam e-dagang selama kurang dari 7 tahun
- GMV syarikat antara RM 500,000 – RM 10,000,000
- Mesti menjual di platform e-dagang
- Mesti menjual kepada pengguna akhir sahaja
Aktiviti Reach-Out dan Promosi: SIDEC menjalankan pelbagai aktiviti Reach-Out untuk mempromosikan dan memperkenalkan inisiatif ini kepada umum, termasuk:
- Kempen pemasaran melalui media sosial dan laman web rasmi
- Kerjasama dengan agensi kerajaan Selangor dan organisasi komuniti
- Pengumuman di siaran media
Aktiviti-aktiviti ini memastikan bahawa inisiatif ini mencapai lebih ramai sasaran penyertaan yang berpotensi dan memenuhi objektif program.
-
Apakah mekanisme yang digunakan dalam memastikan modul latihan adalah relevan dengan keadaan pasaran semasa?
Mekanisme untuk Memastikan Modul Latihan Relevan dengan Keadaan Pasaran Semasa:
Untuk memastikan modul latihan relevan dengan keadaan pasaran semasa, SIDEC menggunakan beberapa mekanisme yang berkesan:
- Penilaian pasaran secara berkala untuk mengenalpasti keperluan dan kehendak semasa industri.
- Mengikuti perkembangan dan trend terkini dalam dunia perniagaan dan teknologi.
- Bekerjasama rapat dengan pakar-pakar dan pemain industri untuk mendapatkan pandangan dan input yang berharga seperti daripada rakan platform e-dagang Shopee, Tiktok dan Lazada.
- Mengumpul maklum balas daripada peserta program latihan sebelumnya untuk mengenal pasti bahagian yang boleh diperbaiki.
- Menyesuaikan modul latihan secara berkala berdasarkan analisis data dan maklum balas yang diterima.
Dengan mekanisme-mekanisme ini, kami memastikan bahawa modul latihan yang disediakan adalah sentiasa relevan dan selaras dengan keadaan pasaran semasa.