Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

40) LATIHAN TRAINING OF TRAINERS (TOT) BAGI GURU SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah guru-guru Sekolah Agama Rakyat yang telah menerima latihan Training of Trainers (TOT) daripada Kerajaan Negeri dan apakah jenisjenis latihan yang diterima ?

    Bermula tahun 2009,Guru –guru KAFA di Sekolah Agama Rakyat telah diberi latihan – latihan jangka pendek mengikut modul-modul yang disediakan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) dan Pusat Sumber Pendidikan (PSPJ) sehingga sekarang kerjasama sedang terus dibuat bersama NGO – NGO sekolah Persendirian termasuk Persatuan Institut Tahfiz Selangor (PITAS) dan Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor. Pada tahun 2011 jumlah guru yang dapat mengikuti latihan adalah seramai 589 orang. ii- Jenis-jenis latihan yang diberikan ialah :

    1. Kursus Pengajaran Dan pembelajaran Berkesan
    2. kursus Pedagogi Pendidikan Islam
    3. Kursus Psikologi Pendidikan menurut Islam
    4. Kursus kemahiran Kaunseling
    5. Kursus Pengurusan Dan pentadbiran
    6. Kursus Kemahiran ICT

Lampiran

Tiada Lampiran.