Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
168) LATIHAN DAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selain daripada Kolej INPENS, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memberi peluang latihan kemahiran "blue collar" di seluruh Negeri Selangor
Peluang latihan kemahiran “blue collar” dalam usaha Kerajaan Negeri adalah melalui Program Internship kerjasama dengan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC). Program ini dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mempunyai kelayakan bagi memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta.
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk melantik pihak ketiga untuk memberi latihan kemahiran peringkat tinggi di semua daerah?
Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) dalam melaksanakan latihan kemahiran.