Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
185) LARANGAN PREMIS KERAJAAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN POLITIK
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan pendirian Kerajaan Negeri berkaitan larangan penggunaan premis milik Kerajaan untuk kegunaan politik.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat edaran bertarikh 4 April 2018 kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan Larangan Penggunaan Kemudahan Dewan Serba Guna/ Dewan Orang Ramai/ Ruang Terbuka dan kawasan lapang untuk tujuan aktiviti parti-parti politik. Secara umumnya, kemudahan-kemudahan tersebut adalah untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan program-program yang berkaitan dengan PBT masing-masing.
-
Adakah larangan tertakluk kepada semua parti politik atau hanya berpilih?
Jawapan seperti di Sub Soalan A
-
Berapa kerugian yang bakal ditanggung oleh Kerajaan Negeri melalui pihak Berkuasa Tempatan alami dengan larangan tersebut?
Jawapan seperti di Sub Soalan A