Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
235) LAPORAN TAHUNAN PRESTASI GLC SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Komitmen Kerajaan Negeri untuk memberi laporan setiap suku tahunan kepada semua ADUN dan membuat pembentangan tahunan dalam Dewan mengenai prestasi strategik, kewangan dan operasi kesemua Anak Syarikat Negeri selari dengan amalan ketelusan dan bertanggungjawaban.
Pada masa ini Anak Syarikat Kerajaan Negeri adalah di bawah pemantauan Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) yang memainkan peranan agresif dalam membantu menstrukturkan semula fungsi dan peranan Anak Syarikat Kerajaan Negeri.
Secara rutinnya, laporan kewangan Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri di kemukakan setiap bulan kepada MBI untuk diteliti prestasinya dan seterusnya merangka strategi yang bersesuaian untuk jangka masa panjang.
Pada masa ini, pihak Kerajaan Negeri berpandangan tiada keperluan untuk membentangkan laporan Anak Syarikat Kerajaan Negeri pada setiap suku tahunan kepada semua ADN dan membuat pembentangan tahunan dalam Dewan. Ini kerana prestasi kewangan Anak-Anak Syarikat ini diaudit oleh Juraudit Bertauliah dan boleh dibentangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Kerajaan Negeri seperti Jawatankuasa Pilhan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JPABBAS) sekiranya terdapat keperluan.