Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

25) LAPORAN STATUS MARRIS

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penghuraian Menteri Besar tentang senarai perbelanjaan MARRIS mulai Januari hingga Disember 2014

    Dalam tempoh Januari hingga Disember 2014, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM592,892,129.44 peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Selangor (MARRIS) bagi tujuan-tujuan berikut:-

    Bil Perkara  

    Jumlah (RM)

    1. Projek Penyelenggaraan Jalan Negeri Tahun 2013 131,952,059.43
    2. Projek Penyelenggaraan Jalan Negeri Tahun 2014 448,810,631.64
    3. Pelan Tindakan Tiga (3) Bulan Pembersihan Awam Di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor             11,965,048.37

     

    4. Perbelanjaan Pengurusan
    a) Pembelian peralatan GPS
    133,280.00
    5. Perbelanjaan Kecemasan
    a) Bencana Alam
     

    31,110.00

    JUMLAH KESELURUHAN 592,892,129.44
  2. Sila nyatakan pecahan perbelanjaan MARRIS mengikut PBT

    Pecahan perbelanjaan MARRIS mengikut PBT sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2014 adalah seperti berikut:-

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN
    PELBAGAI
    PERBELANJAAN
    (RM)
    1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 39,923,468.70
    2 Majlis Bandaraya Shah Alam 87,337,540.18
    3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 33,102,138.58
    4 Majlis Perbandaran Klang 72,747,579.00
    5 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 33,955,447.79
    6 Majlis Perbandaran Kajang 37,946,864.36
    7 Majlis Perbandaran Selayang 29,619,377.10
    8 Majlis Perbandaran Sepang 14,129,566.86
    9 Majlis Daerah Kuala Langat 32,989,204.86
    10 Majlis Daerah Hulu Selangor 12,190,414.23
    11 Majlis Daerah Sabak Bernam 16,893,695.33
    12 Majlis Daerah Kuala Selangor 22,911,755.13
    JUMLAH KESELURUHAN 433,747,052.12

    Nota:   Perincian lebih lanjut seperti di Lampiran A.

    LAMPIRAN 1

     

    PERUNTUKAN SILING PROJEK MARRIS 2014

    BIL AGENSI PELAKSANA JUMLAH (RM)
    1 Jabatan Kerja Raya (JKR) 157,221,535.75
    2 Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS)      4,000,000.00
    3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 384,142,110.97
    4 Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) 11,800,000.00
    JUMLAH 557,163,646.72

    LAMPIRAN 2

    PEMBELANJAAN SEBENAR SEHINGGA 31 DISEMBER 2014

    BIL AGENSI PELAKSANA JUMLAH (RM)
    1 Jabatan Kerja Raya (JKR) 102,227,900.49
    2 Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) 3,590,061.50
    3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 335,189,684.63
    4 Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) 7,802,985.02
    JUMLAH 448,810,631.64

     

  3. Adakah Menteri Besar berpuas hati dengan pelaksanaan setakat ini?

    Secara keseluruhan, prestasi perbelanjaan peruntukan MARRIS sepanjang tahun 2014 setakat 31 Disember 2014 adalah baik dan memuaskan jika dilihat dari aspek perancangan dan pelaksanaan seperti berikut:-

    • Prestasi Berdasarkan Siling Projek MARRIS Tahun 2014
    PERINCIAN JUMLAH (RM) RUJUKAN
    Siling Projek MARRIS 2014 557,163,646.72 A
    Perbelanjaan Sebenar (31 Disember 2014) 448,810,631.64 B
    PERATUS PERBELANJAAN 80.1%  

     Sebagai langkah penambahbaikan, Perbendaharaan Negeri Selangor telah mengarahkan semua agensi pelaksana untuk memastikan projek-projek MARRIS Tahun 2015 dapat disiapkan selewat-lewatnya pada 30 September 2015 bagi memastikan perbelanjaan peruntukan yang telah diluluskan dapat dioptimakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.