Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
111) LAPORAN STATUS MARRIS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Penghuraian daripada Menteri Besar tentang senarai perbelanjaan MARRIS mulai Januari hingga Disember 2014
Dalam tempoh Januari hingga Disember 2014, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM 592,892,129.44 peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Selangor (MARRIS) bagi tujuan-tujuan berikut:-
Bil Perkara Jumlah (RM)
1. Projek Penyelenggaraan Jalan Negeri Tahun 2013 131,952,059.43 2.
Projek Penyelenggaraan Jalan Negeri Tahun 2014
448,810,631.64
3.
Pelan Tindakan Tiga (3) Bulan Pembersihan Awam Di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor
11,965,048.37
4.
Perbelanjaan Pengurusan a) Pembelian peralatan GPS
133,280.00
5.
Perbelanjaan Kecemasan a) Bencana Alam
31,110.00
JUMLAH KESELURUHAN 592,892,129.44 -
Nyatakan pecahan perbelanjaan MARRIS mengikut PBT
Pecahan perbelanjaan MARRIS mengikut PBT sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2014 adalah seperti berikut:-
BIL
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
PELBAGAI
PERBELANJAAN (RM)
1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 39,923,468.70 2 Majlis Bandaraya Shah Alam 87,337,540.18 3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 33,102,138.58 4 Majlis Perbandaran Klang 72,747,579.00 5 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 33,955,447.79 6 Majlis Perbandaran Kajang 37,946,864.36 7 Majlis Perbandaran Selayang 29,619,377.10 8 Majlis Perbandaran Sepang 14,129,566.86 9 Majlis Daerah Kuala Langat 32,989,204.86 10 Majlis Daerah Hulu Selangor 12,190,414.23 11 Majlis Daerah Sabak Bernam 16,893,695.33 12 Majlis Daerah Kuala Selangor 22,911,755.13 JUMLAH KESELURUHAN 433,747,052.12 Nota: Perincian lebih lanjut seperti di Lampiran A.
-
Adakah Menteri Besar berpuas hati dengan pelaksanaan setakat ini?
Secara keseluruhan, prestasi perbelanjaan peruntukan MARRIS sepanjang tahun 2014 setakat 31 Disember 2014 adalah baik dan memuaskan jika dilihat dari aspek perancangan dan pelaksanaan seperti berikut:-
(i)Prestasi Berdasarkan Siling Projek MARRIS Tahun 2014
PERINCIAN JUMLAH (RM) RUJUKAN Siling Projek MARRIS 2014 557,163,646.72 A Perbelanjaan Sebenar (31 Disember 2014)
448,810,631.64 B PERATUS PERBELANJAAN 80.1% Sebagai langkah penambahbaikan, Perbendaharaan Negeri Selangor telah mengarahkan semua agensi pelaksana untuk memastikan projek-projek MARRIS Tahun 2015 dapat disiapkan selewat-lewatnya pada 30 September 2015 bagi memastikan perbelanjaan peruntukan yang telah diluluskan dapat dioptimakan.