Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
139) LAPORAN PERBELANJAAN PENGERUSI JKKKN/KETUA KAMPUNG NEGERI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah Elaun Ketua Kampung dan Berapakah Elaun mesyuarat Ketua Kampung ?
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 10/2008 ke 10/2008 yang bersidang pada 11 Jun 2008 telah menimbang dan bersetuju untuk membayar elaun Ketua Kampung dengan kadar seperti berikut :
PERKARA KADAR ELAUN (SEBULAN) Elaun Ketua Kampung i. Gred A ( berkhidmat lebih 10 tahun) ii.Gred B (berkhidmat 5-10 tahun)
iii. Gred C (berkhidmat kurang 5 tahun)
RM600.00 RM500.00 RM450.00
Elaun Setiausaha JKKK RM250 Elaun Menghadiri Kampung Mesyuarat oleh Ketua RM40.00 Elaun Mengadakan Mesyuarat oleh JKKK RM100.00 Bantuan Kewangan kepada Pentadbiran JKKK
RM100.00 Walau bagaimanapun, MMKN ke 38/2010 yang bersidang pada 20 Oktober 2010 telah menimbang dan meluluskan kenaikan elaun Ketua Kampung kepada RM800.00 (Ringgit Malaysia ; Lapan Ratus ) setiap bulan, kenaikan elaun ini adalah selaras dengan tanggungjawab Ketua-ketua Kampung yang semakin meningkat dan mencabar dalam memastikan Kampung ditadbir dan diurus dengan baik dan telus.
-
Berapakah Peruntukkan Ketua Kampung untuk program yang di jalankan oleh setiap kampung ?
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 38/2009 telah meluluskan peruntukan tahunan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK, berjumlah RM10,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu ) kepada setiap 446 buah kampung termasuk kampung tradisi dan kampung baru . Peruntukan ini adalah bagi menampung perbelanjaan pengurusan yang melibatkan penganjuran aktiviti dan program mesra rakyat di setiap
Bagi tahun 2011 pula, Kerajaan Negeri telah meluluskan supaya kenaikan elaun Ketua Kampung dibiayai menggunakan peruntukan tahunan RM10,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu ) ini. sehubungan itu, peruntukan bagi tahun 2011 adalah sebanyak RM5,800 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu Lapan Ratus ) bagi setiap Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK untuk menganjurkan sebarang aktiviti dan program yang dirancang.
-
Siapakah yang memantau perlaksanaan dan perbelanjaan tersebut serta apakah contoh program yang di jalankan ?
- Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil.2 Tahun 2010 telah menetapkan Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Negeri Selangor. Penggunaan peruntukan ini adalah dikhaskan bagi menampung perbelanjaan pengurusan yang melibatkan penganjuran aktiviti dan program mesra rakyat. ketua kampung dan Pengerusi JKKK juga dibenarkan membuat perolehan termasuk pembelian barang- barang dan perkhidmatan bagi tujuan aktiviti dan program mesra rakyat. antara program dan aktiviti yang dijalankan adalah seperti gotong – royong, kempen kesedaran (denggi, keselamatan jalan raya ). sesi dialog bersama jabatan kerajaan, jamuan makan (sambutan perayaan) dan penganjuran forum atau pun ceramah
Pegawai Daerah adalah Pegawai Pengawal yang bertanggungjawab ke atas pengawalan dan pengurusan peruntukan ini, tertakluk kepada terma-terma pekeliling di atas, Arahan Perbendaharaan, peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa dan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor dari semasa ke semasa. ia adalah bagi memastikan penggunaan peruntukan ini adalah berdasarkan pekeliling dan segala perbelanjaan perlu dipantau secara telus bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan salah guna peruntukan.
Laporan perbelanjaan akan dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta Bendahari Negeri setiap bulan bagi memastikan perbelanjaan peruntukan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan.