Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

145) LAPORAN PEMANTAUAN JABATAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Huraikan hasil pemantauan terhadap kilang-kilang di kawasan pinggiran Sungai Semenyih dan Sungai Selangor yang melepaskan air kotor sejak 2013

    Hasil pemantauan terhadap kilang-kilang di kawasan Sungai Semenyih dan Sungai Selangor yang tidak mematuhi standard pelepasan efluen di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 sejak 2013 adalah seperti berikut:-

    • Mengkompaun Kesalahan Melepaskan Efluen Perindustrian Melebihi Standard
    Tahun 2013 2014 2015 2016
    Bil Premis 16 12 6 14

    JUMLAH NILAI KOMPAUN : RM 96,000

    • Tindakan Mahkamah Melepaskan Efluen Perindustrian Melebihi Standard
    Tahun 2013 2014 2015 2016
    Bil Premis 8 8 3 1

    JUMLAH NILAI DENDA MAHKAMAH : RM1,161,000

     

  2. Berapakah kilang yang telah disabit kesalahan?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Apakah cara pemantauan bagi memastikan tiada pelepasan air kotor yang melanggari garis panduan?

    Bagi kilang yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kilang  tersebut perlu memasang sistem rawatan efluen di kilang masing-masing untuk mematuhi standard pelepasan yang ditetapkan Kilang dikehendaki mempunyai pegawai yang berwibawa (competent person) untuk memantau dan menjalankan persampelan efluen serta mengemukakan laporan setiap bulan kepada Jabatan Alam Sekitar. Pihak kilang akan diberi Notis Arahan, kompaun atau dikenakan tindakan mahkamah sekiranya pelepasan efluen gagal mematuhi standard pelepasan yang ditetapkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.