Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
232) LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2012 (NEGERI SELANGOR, SIRI 3) Ð PRESTASI PENYELENGGARAAN JALAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pihak audit mendapati bahawa 75% responden pengguna tidak berpuas hati dengan prestasi penyenggaraan jalan Kerajaan Negeri. Apakah penjelasan Kerajaan Negeri atas penemuan audit ini?
Penyenggaraan jalan negeri dilakukan berdasarkan perancangan senggaraan tahunan. Pelaksanaan dibuat berdasarkan peruntukan diterima. Bagi memastikan pelaksanaan kerja mengikut aspek teknikal, kerja auditan, kerja coring dan Non-Compliance Report dikeluarkan.
-
Apakah rancangan untuk menambah baik jalan-jalan negeri?
Rancangan JKR Selangor untuk menambah baik jalan-jalan negeri adalah dengan membuat perancangan yang rapi dan memastikan jalan-jalan diselenggara mengikut kaedah yang betul engikut kategori kerosakan