Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
291) LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2012 (NEGERI SELANGOR, SIRI 1)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pihak Audit mendapati bahawa Selangor State Investment Center Berhad (SSIC) tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkaitan dengan lokasi perindustrian. Apakah langkah-langkah penambaikan yang telah dilaksanakan?
Secara dasarnya, pembangunan kawasan-kawasan perindustrian di Negeri Selangor dibangunkan oleh syarikat berkaitan Kerajaan seperti PKNS, Worlwide & Central Spektrum dan juga syarikat-syarikat swasta seperti Tanjung Balai, Berjaya Group, Lion Group dan beberapa syarikat lain. Secara dasarnya, pihak SSIC hanya membantu para pemaju untuk mempromosikan kawasan-kawasan industri yang dibangunkan.
Pihak SSIC hanya mempunyai maklumat asas sahaja dan maklumat teknikal perlu merujuk kepada pemaju atau pemilik tanah tersebut.
Pada masa ini pihak SSIC dalam proses membangunkan sistem maklumat berpusat untuk kegunaan dalaman sahaja bagi memudahklan pegawai SSIC dapat menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat.
SSIC Berhad mempunyai maklumat berkaitan pelaburan dan perindustrian. Walau bagaimanapun, sistem maklumat berpusat sedang dalam proses pembangunan bagi memudahkan pencarian maklumat oleh pegawai dan sistem ini akan menjadikan setiap proses menjadi lebih sistematik.
Antara langkah-langkah penambahbaikan yang telah diambil adalah seperti berikut;-
- Maklumat Kawasan-Kawasan Perindustrian di Selangor.
- Pihak SSIC Berhad dalam proses mengemaskini dengan mendapatkansenarai cadangan-cadangan pembangunan kawasan perindustrian yang telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Maklumat – maklumat yang diterima akan dikumpulkan dan akan dijadikan rujukan untuk ditawarkan kepada para pelabur yang berminat.
- Pihak SSIC Berhad telah menghantar surat kepada Pihak Berkuasa Tempatan pada 24 September 2013. Menerusi surat tersebut, Pihak Berkuasa Tempatan diminta untuk memberikan maklumat berkenaan Cadangan-Cadangan Pembangunan Kawasan Perindustrian yang telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang bagi tahun 2011 hingga 2013 di setiap kawasan PBT samada ianya dibangunkan oleh syarikat swasta mahupun Anak Syarikat Kerajaan Negeri.
- Pihak SSIC Berhad telah mengadakan pertemuan dengan pihak pemaju dan PBT pada 19 Mac 2013 bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kawasan-kawasan perindustrian yang dibangunkan.
- Antara Pihak Berkuasa Tempatan telah memberikan maklumat adalah seperti berikut;
Tarikh Pihak Berkuasa Tempatan Jumlah Kawasan Yang Perindustrian Yang Diluluskan. 27 Sept. 2013 MDHS 2 1 Okt. 2013 MDSB 5 10 Okt. 2013 MP Sepang 6 31 Nov. 2013 MPK 16 13 Dis. 2013 MPKj 56 - Selain daripada itu, SSIC Berhad juga mengumpulkan maklumatmaklumat berkenaan kilang-kilang yang hendak disewa atau dijual melalui agen-agen hartanah yang berdaftar.
- Maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan maklumat yang ada dalam simpanan SSIC adalah yang terkini.
-
Adakah kerajaan negeri telah menyediakan sistem maklumat pelaburan berpusat yang komprehensif?
Pada masa ini sistem maklumat pelaburan menerusi laman web SSIC adalah agak komprehensif di mana pelbagai maklumat telah disediakan dan boleh dilayari oleh mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan pelaburan di Negeri Selangor. Antara maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut;-
- Insentif-insentif pelaburan yang ditawarkan
- Maklumat kos-kos memulakan perniagaan.
- Maklumat sistem percukaian
- Kos utiliti
- Maklumat sumber tenaga kerja
- Maklumat kos logistik barangan.
- Maklumat permohonan visa
- Maklumat kemudahan kewangan
- Maklumat berkenaan pengurusan alam sekitar bagi keperluan industri
10.Maklumat berkenaan harta intelek
11.Maklumat berkenaan kemudahan – kemudahan lain untuk expatriate seperti sekolah antarabangsa, kemudahan membeli belah, kemudahan perumahan, kemudahan rekreasi dan sukan serta lain-lain maklumat tambahan yang diperlukan oleh pelabur.
Bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah terkini, usaha penambahbaikan dan pengemaskinian dilakukan dari masa ke semasa.