Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

149) LAPORAN KESAN PENILAIAN ALAM SEKITAR TEKNOLOGI WASTE TO ENERGY

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah hasil laporan kesan penilaian alam sekitar terhadap perancangan kerajaan membangunkan sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menggunakan teknologi Waste to Energy di Jeram, Kuala Selangor?

    Cadangan sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menggunakan teknologi Waste to Energy di Jeram, Kuala Selangor adalah tertakluk di bawah Aktiviti 14(b)(i), Jadual Kedua, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 – Pembinaan Loji Rawatan Terma Sisa Pepejal. Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assesment, EIA) Jadual Kedua akan diproses oleh Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya.

     

    Cadangan sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menggunakan teknologi Waste to Energy di Jeram, Kuala Selangor masih di dalam peringkat mendapatkan pengesahan ke atas Laporan Bidang Rujukan (Terms of Refrence – TOR) bagi penyediaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) daripada Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya. Penggerak Projek iaitu Worldwide Holdings Berhad telah menyediakan dan mengemukakan Laporan Bidang Rujukan (Terms of Refrence– TOR) bagi cadangan projek ini kepada Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putarajaya pada 14 Februari 2019.

     

    TOR ini akan dikaji dan disemak oleh Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya untuk disahkan bagi penyediaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA). Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi membincangkan TOR ini akan diadakan pada 12 Mac 2019 di Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya yang akan turut dihadiri oleh beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Bahagian Kawalan Penyakit di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS),

     

     

    Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Selangor (JKKPNS),Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPSNS), PLAN Malaysia Negeri Selangor (JPBD), Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) Selangor

     

    • Wilayah Persekutuan, Jabatan Perikanan Negeri Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.

     

    Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi cadangan sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menggunakan teknologi Waste to Energy di Jeram, Kuala Selangor ini, akan disediakan dan dikemukakan ke Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya selepas TOR disahkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.