Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
7) LAPORAN JAWANTANKUASA AUDIT & PENGURUSAN KORPORAT PBT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa kalikah laporan Jawatankuasa diterima oleh Kerajaan Negeri dari setiap PBT bagi tahun 2014?
Berikut disenaraikan jumlah Penghantaranlaporan Jawatankuasa berserta alasan yang diterima oleh Kerajaan Negeri dari setiap PBT bagi tahun 2014.
Bil PBT Penghantaran Catatan/Alasan 1
MBSA
0
Tiada maklumat
2
MBPJ
0
Tiada Surat Peringatan dari SPBT/UPEN
3
MPK
0
Ringkasan Laporan akan dihantar sebelum 31 Mac 2015
4 MPAJ 3 – 5 MPSJ 2 – 6 MPS 4 – 7
MPKJ
0
Tiada Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat diadalkan sepanjang tahun 2014 berikutan keanggotaan dikalangan Ahli Majlis bagi tahun 2014 hanya 2 orang dan tidak memenuhi kuorum mesyuarat
8
MPSP
0
Buku Laporan Tahunan yang mengandungi ringkasan laporan audit 9 MDKL 1 Dikumpulkan dan dihantar ke SPBT UPEN pada 12/3/2015
10 MDHS 0 Tiada Surat Peringatan dari SPBT/UPEN
11 MDKS 3 Dihantar melalui Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Akaun Dan Audit
12 MDSB 3 Tiada Surat Peringatan dari SPBT/UPEN -
Apakah alasan dari PBT yang gagal menghantar laporan suku tahun bagi 2014?
Sama seperti di SUB (a)
-
Apakah tindakan penambahbaikan bagi menjamin keberkesanan jawatankuasa ini berfungsi penuh di PBT?
Antara langkah penambahbaikan yang dicadangkan adalah untuk setiap PBT mengadakan kerjasama dengan Bahagian Audit Dalam, Pejabat SUK Selangor serta Jabatan Audit Negara untuk mengadakan penerangan mengenai fungsi pengauditan kepada semua ahli majlis PBT dan Kerajaan Negeri juga mengesyorkan perkara yang berbangkit dari Laporan Jawatankuasa Audit & Pengurusan Koperat PBT boleh di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan untuk dibincangkan sekiranya perlu.