Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
181) LAPORAN BENCANA BANJIR DISEMBER 2021
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah persiapan dan langkah-langkah yang Kerajaan Negeri ambil dalam menangani bencana banjir?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor melalui Smart Disaster Management di bawah inisiatif Smart Selangor telah menyediakan Smart Selangor Operation Centre (SSOC) yang dioperasikan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan kerjasama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) – Menteri Besar (Pemerbadanan) yang sentiasa memantau semua parameter cuaca pada setiap masa. Semua amaran, hebahan dan pemantauan dijalankan melalui SSOC.
Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor melalui SSOC beroperasi 24 jam setiap hari berperanan memantau semua stesen banjir dan paras air di Negeri Selangor. Selain itu juga, hebahan amaran cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia akan dipanjangkan kepada semua agensi dan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan sebagai langkah kesiapsiagaan. Sekiranya kejadian banjir kilat berlaku, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor dan Polis DiRaja Malaysia akan dimaklumkan dengan kadar segera untuk tujuan penyelarasan operasi bencana secara bersepadu.