Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
177) LAPORAN AUDIT UNISEL
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd (PIYSB) yang mengendalikan Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM 37.63 juta pada 2010. Apakah kesilapan tadbir urus yang menyebabkan kerugian tersebut?
- Infrastruktur yang dibina tidak berfungsi dan mengalami kerosakan yang
- Kesilapan berkemungkinan daripada pengambilan kemudahan bon
-
Mengapakah kerajaan negeri menafikan berlaku kerugian sebelum laporan audit dikeluarkan?
Kerajaan negeri tidak menafikan kerugian 2010 seperti yang dilaporkan oleh Audit
-
Apakah langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan tersebut?
Langkah-langkah untuk memperbaiki keadaaan tersebut:-
Jangka Pendek
Pengambil alihan bon RM150 juta
- Membiayai kos pembangunan dan pembaikan infra struktur oleh Kerajaan Negeri
- Meningkatkan bilangan pelajar yang mana telah berjaya ditingkatkan daripada 2011 (9,600 orang) kepada tahun 2012 (11,300 orang)
- Mengoptimakan perbelanjaan operasi universiti;
Jangka Panjang
- Menubuh dana ’Unisel Endowment Fund’
- Meningkatkan imej UNISEL dengan meletakkannya kepada Top
200 di dunia dalam masa 15 tahun. Sekarang ini pemegang biasiswa Kerajaan Pusat untuk program di peringkat Ph.D dan Master boleh belajar di UNISEL, tidak seperti tahun lepas. Ini menunjukkan kepercayaan oleh Kerajaan Pusat dengan pendidikan di UNISEL.