Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

158) LANTIKAN POLITIK SEBAGAI AHLI MAJLIS

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah dakwaan kerajaan memberi
    ruang kepada parti-parti yang
    memerintah untuk melantik ahli parti
    sebagai Ahli Majlis di PBT sebagai
    langkah membalas jasa ahli parti itu
    benar?

    Dalam pemilihan dan pelantikan Ahli Majlis, Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1/2021 – Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang berkuat kuasa 1 September 2021.

    Berdasarkan pekeliling tersebut pembahagian kuota adalah 75% daripada calon Parti manakala 25% adalah daripada  Badan Bukan Kerajaan (NGO). Pelantikan Ahli Majlis di PBT adalah berdasarkan kelayakan dan memenuhi kreteria yang telah ditetapkan oleh Pekeliling SUK tersebut.

  2. Apakah syarat-syarat pelantikan Ahli Majlis PBT?

    Syarat-syarat pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1/2021 – Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang berkuat kuasa 1 September 2021 adalah seperti berikut:

    1. Ahli Majlis yang dicalonkan mestilah warganegara Malaysia dan fasih bertutur, membaca dan menulis Bahasa Malaysia.
    2. Had umur minimum bagi pencalonan Ahli Majlis adalah dua puluh satu (21) tahun.
    3. Hendaklah bermastautin di kawasan PBT berkenaan sekurang-kurangnya lima (5) tahun atau menetap di daerah bersebelahan.
    4. Hendaklah bukan di kalangan kakitangan Kerajaan.
    5. Tidak berstatus muflis semasa pencalonan dibuat.
    6. Ahli Majlis yang dicalonkan untuk dilantik hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau calon hendaklah menduduki dan lulus ujian asas yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang akan dipengerusikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan.
    7. Tidak memegang mana-mana jawatan lantikan PBN yang boleh menimbulkan percanggahan skop tugas sebagai Ahli Majlis seperti berikut:
    8. Ketua Kampung/ Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK);
    9. Ketua Komuniti India (KKI);
    10. Penyelaras Pusat Wanita Berdaya (PWB); dan
    11. Penggerak Belia Tempatan Negeri Selangor (PeBs).

Lampiran

Tiada Lampiran.