Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
222) LANTIKAN KONSULTAN DI YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kaedah pelantikan syarikat Syarikat Konsultan Right Mind Consulting & Services yang bertujuan untuk penambahbaikan Skim Perkhidmatan dan Penggajian Kakitangan di Yayasan Selangor dibuat?
Pelantikan Syarikat konsultan Right Mind Consulting & Services (RMCS) dibuat berdasarkan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Yayasan Selangor dan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor yang melibatkan Unit Perolehan Yayasan Selangor dan berpandukan SOP penurunan kuasa yang digunapakai oleh Yayasan Selangor.
-
Apakah justifikasi pelantikan dan pemilihan syarikat ini?
Justifikasi pelantikan adalah kerana RMCS terdiri daripada sekumpulan profesional sumber manusia (HR) berpengalaman dan pakar bidang HR & perunding pembangunan organisasi. Pelantikan RMCS sebagai subject matter expert adalah sejajar dengan pelan pelaksanaan transformasi Yayasan Selangor untuk jangka masa panjang yang telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.
-
Berapakah kos yang terbabit untuk lantikan syarikat ini?
Jumlah dibayar kepada RMCS tidak boleh diumum kepada awam atas sebab Non-Disclosure Agreement antara kedua-dua pihak.