Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

140) LANTIKAN JAWATAN DALAM ANAK SYARIKAT SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan Ketua Jabatan Agama untuk Kumpulan Perangsang Selangor Berhad bagi tahun 2004-2014 dan skop kerja jawatan tersebut.

    Dari tahun 2004 – 2014, hanya seorang sahaja pemegang jawatan Ketua Jabatan Agama di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“Perangsang Selangor”) iaitu Ustaz Zaharudin bin Muhammad (“Ustaz Zaharudin”).

     

    Jabatan Agama merupakan jabatan baharu yang diwujudkan setelah mendapat kelulusan dari Lembaga Pengarah Perangsang Selangor dalam pembentangan bajet 2012 pada 31 Januari 2012. Jabatan Agama mula beroperasi mulai 15 Februari 2012. Jabatan ini mempunyai lima orang warga kerja yang terdiri daripada Ustaz Zaharudin sendiri selaku Ketua Pegawai Agama (Chief Religious Officer) serta empat Eksekutif Agama.

     

    Ustaz Zaharudin merupakan individu pertama yang menyandang jawatan Ketua Pegawai Agama di Gred E9. Skop jawatan Ketua Pegawai Agama antaranya adalah seperti berikut:

     

    • Merancang, mengkoordinasi dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan bagi memenuhi keperluan jasmani dan rohani warga kerja Perangsang Selangor dan anak-anak Syarikat serta komuniti setempat dalam usaha mempertingkatkan lagi ilmu, penghayatan dan kecintaan mereka terhadap agama Islam sebagai ad-deen (Way of Life);

     

    • Memberi pandangan dan khidmat nasihat kepada pihak Pengurusan berkaitan aktiviti perniagaan bagi memastikan kepatuhan dari sudut syariah;

     

    • Merencana strategi bagi membantu Perangsang Selangor dan anak-anak syarikat melahirkan warga kerja yang tawaduk (rendah diri) dan sentiasa berpegang kepada etika kerja berlandaskan Syariat Islam;

     

    • Berperanan dalam memberi khidmat nasihat berkenaan zakat serta mengenal pasti asnaf-asnaf yang layak di peringkat negeri Selangor bagi tujuan pengagihan zakat Perangsang Selangor dan anak-anak syarikat; dan

     

    • Merancang dan memainkan peranan proaktif bagi melaksanakan aktiviti dakwah dan tarbiyah untuk komuniti

     

  2. Apakah kemudahan dan manfaat yang disediakan kepada Encik Zaharuddin Muhammad sebagai Ketua Jabatan Agama Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ?

    Jumlah saham yang ditawarkan kepada Pengarah dan warga kerja Perangsang Selangor semenjak pelancaran ESOS pada tahun 2003 adalah seperti di LAMPIRAN

     

    LAMPIRAN 1
    SENARAI NAMA PENGARAH DAN WARGA KERJA YANG MENERIMA SAHAM UNTUK TEMPOH 2003 – 2013 PENGARAH DAN WARGA KERJA YANG MASIH AKTIF PADA 13 NOVEMBER 2014
    Bil. Bahagian Jawatan Kategori Jumlah
    1 Pengarah Pengerusi Pengarah 897,047
    2 Pengarah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan /

    Pengarah Urusan

    Pengarah 2,242,617
    3 Pengarah Lembaga Pengarah Pengarah 622,785
    4 Pengarah Lembaga Pengarah Pengarah 616,720
    5 Pengarah Lembaga Pengarah Pengarah 616,720
    6 Pengarah Lembaga Pengarah Pengarah 616,720
    7 Pengarah Lembaga Pengarah Pengarah 560,654
    8 Kesetiausahaan Syarikat Setiausaha Syarikat Pengurusan Kanan

    / Ketua Jabatan

    599,719
    9 Undang-undang Kumpulan Ketua Undang-undang Kumpulan Pengurusan Kanan

    / Ketua Jabatan

    596,869
    10 Jabatan Agama Ketua Pegawai Hal Ehwal Agama Pengurusan Kanan

    / Ketua Jabatan

    558,869
    11 Audit Dalaman Kumpulan Pengurus Besar Audit Dalaman Kumpulan Pengurusan Kanan

    / Ketua Jabatan

    554,623
    12 Perancangan Strategik &

    Pelaburan Kumpulan

    Ketua Perancangan Strategik & Pelaburan

    Kumpulan

    Pengurusan Kanan

    / Ketua Jabatan

    529,438
    13 Perhubungan Awam, Media & Tanggungjawab Sosial

    Korporat Kumpulan

    Ketua Perhubungan Awam, Media & Tanggungjawab Sosial Korporat

    Kumpulan

    Pengurusan Kanan

    / Ketua Jabatan

    527,438
    14 Kewangan & Pentadbiran Pengurus Besar Kewangan & Pentadbiran Pengurusan Kanan

    / Ketua Jabatan

    489,586
    15 Sumber Manusia Kumpulan Pengurus Besar Sumber Manusia

    Kumpulan

    Pengurusan Kanan

    / Ketua Jabatan

    462,482
    16 Pengurusan Risiko

    Kumpulan

    Ketua Pengurusan Risiko Kumpulan Pengurusan Kanan

    / Ketua Jabatan

    59,837
    17 Kewangan & Pentadbiran Pengurus Kanan Kewangan & Pengurusan 868,657
    18 Sumber Manusia Kumpulan Penolong Pengurus Perkhidmatan

    Sumber Manusia & IT

    Pengurusan 423,920
    19 Kewangan & Pentadbiran Penolong Pengurus Kewangan &

    Pentadbiran

    Pengurusan 396,579
    20 Sumber Manusia Kumpulan Pemangku Pengurus Pampasan &

    Faedah Dan Pembangunan Organisasi

    Pengurusan 370,303
    21 Unit Pengurusan Bangunan Penolong Pengurus Operasi Bangunan &

    Penyelenggaraan

    Pengurusan 287,366
    22 Kewangan & Pentadbiran Pengurus Kanan Kewangan & Pengurusan 201,717
    23 Perhubungan Awam, Media & Tanggungjawab Sosial

    Korporat Kumpulan

    Penolong Pengurus Perhubungan Awam,

    Media

    & Tanggungjawab Sosial Korporat

    Pengurusan 154,915
    24 Sumber Manusia Kumpulan Pemangku Penolong Pengurus Besar

    Sumber Manusia Kumpulan

    Pengurusan 51,769
    25 Audit Dalaman Kumpulan Pemangku Penolong Pengurus Besar

    Audit Dalaman Kumpulan

    Pengurusan 50,950
    26 Tanggungjawab Sosial

    Korporat

    Penolong Pengurus Tanggungjawab

    Sosial Korporat

    Pengurusan 43,579
    27 Sumber Manusia Kumpulan Pengurus Sumber Manusia Kumpulan Pengurusan 42,881
    28 Kesetiausahaan Syarikat Pengurus Kanan Kesetiausahaan Pengurusan 42,879
    29 Audit Dalaman Kumpulan Pengurus Audit Dalaman Kumpulan Pengurusan 39,711
    30 Undang-undang Kumpulan Penolong Pengurus Undang-Undang

    Kumpulan

    Pengurusan 38,631
    31 Perancangan Strategik &

    Pelaburan Kumpulan

    Penolong Pengurus Perancangan

    Strategik & Pelaburan Kumpulan

    Pengurusan 35,449
    32 Sumber Manusia Kumpulan Penolong Pengurus Perjawatan dan Hal

    Ehwal Kakitangan Kumpulan

    Pengurusan 13,881
    33 Kewangan & Pentadbiran Senior Eksekutif Kewangan & Eksekutif 556,759
    34 Perancangan Strategik &

    Pelaburan Kumpulan

    Eksekutif Kanan Setiausaha Eksekutif 476,972

     

    LAMPIRAN 1
    SENARAI NAMA PENGARAH DAN WARGA KERJA YANG MENERIMA SAHAM UNTUK TEMPOH 2003 – 2013 PENGARAH DAN WARGA KERJA YANG MASIH AKTIF PADA 13 NOVEMBER 2014
    35 Kewangan & Pentadbiran Eksekutif Setiausaha Eksekutif 421,759
    36 Kewangan & Pentadbiran Penolong Pengurus Kewangan &

    Pentadbiran

    EKsekutif 369,579
    37 Unit Pengurusan Bangunan Eksekutif Kanan Operasi Bangunan &

    Penyelenggaraan

    Eksekutif 286,759
    38 Audit Dalaman Kumpulan Eksekutif Setiausaha Eksekutif 230,940
    39 Kewangan & Pentadbiran Eksekutif Setiausaha Eksekutif 205,759
    40 Perancangan Strategik &

    Pelaburan Kumpulan

    Senior Eksekutif Perancangan Strategik &

    Pelaburan Kumpulan

    Eksekutif 145,882
    41 Jabatan Agama Executive Hal Ehwal Agama Eksekutif 139,822
    42 Jabatan Agama Eksekutif Hal Ehwal Agama Eksekutif 139,822
    43 Jabatan Agama Executive Hal Ehwal Agama Eksekutif 139,822
    44 Jabatan Agama Executive Hal Ehwal Agama Eksekutif 139,822
    45 Pejabat Pengerusi Pembantu Peribadi Eksekutif 138,609
    46 Kesetiausahaan Syarikat Eksekutif Kanan Setiausaha Eksekutif 118,639
    47 Sumber Manusia Kumpulan Eksekutif Pembangunan Bakat,

    Pengurusan Prestasi & Perhubungan

    Eksekutif 114,426
    48 Kewangan & Pentadbiran Eksekutif Kanan Kewangan dan Eksekutif 114,426
    49 Unit Pengurusan Bangunan Eksekutif Operasi Bangunan &

    Penyelenggaraan

    Eksekutif 84,259
    50 Perhubungan Awam, Media & Tanggungjawab Sosial

    Korporat Kumpulan

    Eksekutif Multimedia, Grafik & Fotografi Eksekutif 15,893
    51 Undang-undang Kumpulan Eksekutif Kanan Setiausaha Eksekutif 15,883
    52 Pengurusan Risiko Eksekutif Kanan Setiausaha Eksekutif 14,973
    53 Sumber Manusia Kumpulan Eksekutif Pampasan & Faedah Dan

    Pembangunan Organisasi

    Eksekutif 14,760
    54 Perhubungan Awam, Media & Tanggungjawab Sosial

    Korporat Kumpulan

    Eksekutif Media & Penerbitan Eksekutif 14,680
    55 Audit Dalaman Kumpulan Eksekutif Audit Dalaman Kumpulan Eksekutif 14,363
    56 Tanggungjawab Sosial

    Korporat

    Eksekutif CSR Eksekutif 13,881
    57 Perhubungan Awam, Media

    & Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan

    Eksekutif Laman Web & Media Sosial Eksekutif 13,770
    58 Sumber Manusia Kumpulan Eksekutif Perkhidmatan Sumber Manusia Eksekutif 12,860
    59 Kewangan & Pentadbiran Eksekutif Akaun & Pentadbiran Eksekutif 9,802
    60 Kewangan & Pentadbiran Pembantu Logistik Bukan Eksekutif 500,333
    61 Operasi Bangunan &

    Penyelenggaraan

    Foreman Bukan Eksekutif 257,940
    62 Kewangan & Pentadbiran Pembantu Logistik Bukan Eksekutif 189,833
    63 Kewangan & Pentadbiran Pembantu Kanan Pentadbiran & Bukan Eksekutif 176,940
    64 Kewangan & Pentadbiran Pembantu Pentadbiran & Perolehan Bukan Eksekutif 176,030
    65 Unit Pengurusan Bangunan Chargeman Bukan Eksekutif 108,062
    66 Unit Pengurusan Bangunan Handyman Bukan Eksekutif 103,443
    67 Unit Pengurusan Bangunan Chargeman Bukan Eksekutif 82,440
    68 Kewangan & Pentadbiran Pembantu Kanan Akaun Bukan Eksekutif 70,153
    69 Unit Pengurusan Bangunan Pembantu Kanan Operasi Bangunan &

    Penyelenggaraan

    Bukan Eksekutif 68,940
    70 Unit Pengurusan Bangunan Foreman Bukan Eksekutif 14,940
    71 Unit Pengurusan Bangunan Pembantu Operasi Bangunan &

    Penyelenggaraan

    Bukan Eksekutif 12,658
    JUMLAH 19,341,944

     

  3. Senaraikan jumlah saham yang diberikan mengikut jawatan dalam Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

Lampiran

Tiada Lampiran.