Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
213) LANTIKAN CANSELOR UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kriteria Kerajaan Negeri yang telah ditetapkan untuk dilantik sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel)?
Perlembagaan UNISEL, perkara 10(1) menyatakan
`Maka hendaklah ada seorang Canselor yang hendaklah menjadi Ketua Universiti dan hendaklah mempengerusikan konvokesyen apabila menghadirinya dan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa lain dan melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh Perlembagaan ini atau mana- mana Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan’
dan perkara 10(2) menyatakan
`Canselor Universiti ialah DYMM Sultan Selangor atau wakil yang dilantik olehnya’
dan perkara 10(3) pula menyatakan
`Canselor boleh dengan mengutus surat yang ditandatanganinya kepada Lembaga Pengarah, meletakkan jawatannya’
Kerajaan Negeri sehingga kini belum menetapkan apa-apa kriteria bagi pelantikan Canselor UNISEL.