Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

98) LANSKAP BUNGA WARNA-WARNI DI DUBAI ADALAH PRODUK MALAYSIA

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sistem penyiraman air berteknologi tinggi yang dibangunkan oleh syarikat dari Malaysia. Apakah Kerajaan ada rancangan untuk memulakan lanskap seperti ini di PBT Selangor sebagai tarikan pelancong?

    Kajian kemungkinan atau feasibility study perlu dibuat terlebih dahulu merangkumi aspek kesesuaian, kepenggunaan dan keperluan bagi projek sistem penyiraman air berteknologi tinggi setiap PBT. Selain itu, kajian soal selidik dengan masyarakat turut perlu diadakan terlebih dahulu sebelum projek baharu dimulakan terutamanya bagi pelaksanaan projek yang melibatkan kos yang tinggi. Hal ini adalah bagi menangani dan menguruskan aspek penerimaan dan budaya tempatan yang berlainan berbanding dengan penerimaan budaya negara luar

Lampiran

Tiada Lampiran.