Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
58) LANJUTAN TEMPOH PAJAKAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status permohonan lanjutan tempoh pajakan untuk Hakmilik PN10075, Lot 10, Seksyen 10, Bandar Petaling Jaya?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke – 16/2018 yang bersidang pada 31 Mei 2018 dan telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke – 17/2018 pada 05 Jun 2018 telah menimbang dan meluluskan permohonan pemberimilikan tanah ini kepada Registered Trustees Of The Assemblies Of God Of Malaysia ke atas hakmilik PN 10075 Lot 10 di Seksyen 10, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling seluas 10070.6387 meter persegi (2.488509 ekar) untuk melanjutkan tempoh pajakan selama 99 tahun bagi tujuan bangunan kemasyarakatan. Pentadbiran ini telah mengeluarkan notis Borang 5A kepada pemohon dengan bayaran premium sebanyak RM3,401.00 dan pemohon juga dikehendaki menjelaskan bayaran Caruman Parit berjumlah RM24,885.09 kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor melalui surat dalam siri rujukan Bil. (9) dlm.PTD.P2A/BJP 01/2014 bertarikh 21 Ogos 2018.
-
Sila juga beri kronologi permohonan ini.
Bersama-sama disertakan kronologi permohonan ini di LAMPIRAN A.
LAMPIRAN A
KRONOLOGI
PERMOHONAN PENYERAHAN BALIK SECARA KESELURUHAN DI BAWAH SEKSYEN 197 KANUN TANAH NEGARA DAN PELUPUSAN SECARA PEMBERIMILIKAN TANAH DI BAWAH SEKSYEN 76 KANUN NEGARA UNTUK MELANJUTKAN TEMPOH PAJAKAN TANAH BAGI TEMPOH SEHINGGA 99 TAHUN KE ATAS HAKMILIK PN 10075, LOT 10, SEKSYEN 10, BANDAR PETALING JAYA,
DAERAH PETALING
PEMOHON : REGISTERED TRUSTEES OF THE ASSEMBLIES OF
GOD OF MALAYSIA
PTD.P2A/BJP 01/2014
BIL TARIKH PERKARA 1. 06.01.2014 PDT Petaling menerima surat permohonan serahbalik dan berimilik untuk melanjutkan tempoh pajakan kepada 99 tahun daripada pemohon. 2. 04.03.2014 Pelukis Pelan menyediakan laporan pelukis pelan. 3. 16.06.2014 Penolong Pegawai Tanah menyediakan laporan tanah. 4. 28.02.2018 Kertas ringkasan permohonan disediakan dan telah ditandatangani oleh Pentadbir Tanah Petaling. 5. 08.03.2018 PDT Petaling mengemukakan Kertas Ringkasan kepada PTGS. 6. 31.05.2018 MMKN Ke – 16/2018 menimbang dan meluluskan permohonan serahbalik dan berimilik untuk melanjutkan tempoh pajakan kepada 99 tahun kepada pemohon. 7. 26.07.2018 PDT Petaling menerima cabutan kertas MMKN Ke – 16/2018. 8. 07.08.2018 Pembantu Tadbir menyediakan pengiraan premium, cukai tanah dan caruman parit. 9. 15.08.2018 PDT Petaling mengeluarkan surat kelulusan dan notis Borang 5A kepada pemohon.