Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
156) LANJUTAN PAJAKAN TANAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejak dilancarkan, berapa permohonan untuk lanjutan pajakan diterima, bilangan yang berjaya diproses mengikut Pejabat Daerah?
Sejak Skim pemilikan tanah bagi tujuan kediaman dengan bayaran RM1,000 dilaksanakan, terdapat sebanyak 2,043 permohonan diterima dan sebanyak 1,505 permohonan telah diluluskan bagi tujuan lanjutan tempoh pajakan.
Melalui skim ini, Kerajaan Negeri menyasarkan semua tanah milikan individu yang telah tamat atau hampir tamat tempoh pajakan dapat diperbaharui tempoh pajakannya.
Pecahan permohonan mengikut daerah seperti dalam jadual berikut :
Jumlah Bilangan Permohonan Lanjut Tempoh Pajakan dan Bilangan Yang Berjaya di Proses Sejak Dilancarkan Sehingga November 2012
BIL DAERAH BILANGAN PERMOHONAN
BILANGAN PERMOHONAN
LULUS
1 Hulu Selangor 94 20 2 Hulu Langat 377 287 3 Kuala Selangor 123 108 4 Petaling 987 730 5 Sepang 28 10 6 Kuala Langat 76 76 7 Gombak 105 105 8 Sabak Bernam 27 8 9 Klang 226 161 JUMLAH 2043 1505 -
Berapa permohonan untuk lanjutan pajakan diterima,bilangan yang berjaya diproses untuk kawasan DUN Bukit Gasing?
Bagi DUN Bukit Gasing, sebanyak 895 permohonan untuk lanjutan pajakan diterima, dan sebanyak 765 permohonan telah diluluskan.