Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
156) LANJUTAN PAJAKAN HAK MILIK SEMENTARA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah permohonan lanjutan pajakan hak milik sementara yang telah diluluskan dengan bayaran premium satu ribu ringgit mengikut daerah.
Jumlah permohonan lanjutan Hak Milik Sementara yang telah diluluskan dengan bayaran premium satu ribu ringgit adalah sebanyak 6,108 permohonan dengan bayaran premium berjumlah RM 6,108,000.00. Butiran mengikut daerah adalah seperti berikut;
DAERAH
JUMLAH PERMOHONAN YANG DILULUSKAN
PREMIUM NOMINAL
RM1,000
(RM)
Hulu Selangor 147 147,000 Kuala Langat 53 53,000 Petaling 726 726,000 Hulu Langat 222 222,000 Sepang 166 166,000 Klang 66 66,000 Sabak Bernam 686 686,000 Kuala Selangor 1,237 1,237,000 Gombak 2,805 2,805,000 JUMLAH 6,108 6,108,000 Sumber: Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)
-
Nyatakan tempoh masa yang diperlukan bagi proses permohonan dari peringkat kelulusan sehingga pengeluaran geran baru.
Tempoh masa yang diperlukan bagi proses permohonan dari peringkat kelulusan sehingga pengeluaran geran baru adalah selama 6 bulan. Walaubagaimanapun, pengeluaran geran baru adalah tertakluk kepada pembayaran premium yang diterima daripada pemohon.