Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
277) LANGKAH PENCEGAHAN AWAL LUBANG BENAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah proaktif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mencegah kejadian lubang benam (sinkhole) akibat tanah mendap seperti yang pernah berlaku di Puncak Bestari, Bandar Puncak Alam?
Langkah-langkah proaktif yang diambil oleh pihak MPKS bagi mencegah kejadian lubang benam (sinkhole) akibat tanah mendap adalah seperti berikut:
- Melaksanakan pemeriksaan dan rondaan bagi tujuan pemantauan dan pelaporan oleh penyelia kawasan mengikut kawasan/zon bagi serta lokasi hot spot secara berkala.
- Mewujudkan jalinan kerjasama dengan pihak IWK dan Air Selangor bagi melaksanakan pemeriksaan sistem paip pembetungan dan paip bekalan air bagi mengenalpasti sebarang kebocoran serta kerosokan yang boleh mengakibatkan hakisan serta mendapan tanah dikawasan hot spot atau kawasan dikenalpasti berisiko.
- Mewujudkan jalinan kerjasama serta komunikasi dengan Ahli Majlis dan pihak Jawatankuasa Penduduk (JKP) di kawasan operasi MPKS bagi membantu pemantauan kawasan perumahan serta melaporkan segerakan kepada pihak MPKS berkaitan sebarang masalah atau kejadian pergerakan tanah serta mendapan tanah di kawasan perumahan serta sekitarnya.
- Pemantauan dan keutamaan siasatan segera berdasarkan aduan-aduan berkaitan pergerakan tanah atau cerun melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
- Pihak MPKS juga dari masa ke semasa akan melaksanakan operasi bersama jabatan teknikal dalaman bagi pemeriksaan dan rondaan bagi Kerja Tanah Tanpa Kebenaran di seluruh Daerah Kuala Selangor. Operasi juga akan melibatkan pemantauan kepada syarat-syarat kelulusan kerja tanah bagi pematuhan dibawah Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133), Bagi kesalahan kerja tanah tanpa kebenaran yang telah dijalankan pihak MPKS terlebih dahulu akan mengeluarkan tawaran kompaun mengikut Seksyen 70A (Kerja Tanah) Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) bagi ditawarkan kepada pemilik tanah/ pemaju serta mengarahkan pemilik tanah/pemaju untuk mengemukan permohonan pelan kelulusan kerja tanah kepada pihak MPKS.