Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
83) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMATUHI ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DAPAT DIURUS DENGAN BAIK
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri melalui PBT atau agensi berkaitan, secara jangka pendek dan panjang merancang kaedah pelupusan sisa pepejal (sampah domestik) secara alami dan ekonomik selain sistem pelupusan di kawasan terbuka sedia ada ketika ini?
JAWAPAN BELUM DITERIMA DARIPADA SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPBT), UPEN
-
Apakah usaha Kerajaan untuk mengelakkan isu pencemaran di Pasir Gudang tidak berlaku di Selangor?
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR
Bagi mengelakkan isu pencemaran di Pasir Gudang tidak berlaku di Selangor, Kerajaan Negeri mengambil tindakan dengan melaksanakan berbagai cara seperti berikut:-
- Menjalankan penguatkuasaan secara berkala ke atas industri-industri di Selangor oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan pematuhan secara berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan mengambil tindakan segera ke atas setiap aduan pencemaran alam sekitar yang diterima. Sehingga 19 Julai 2019, JAS telah menjalankan sebanyak 903 pemeriksaan daripada 11927 premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 di seluruh Negeri Selangor. Daripada pemeriksaan tersebut, sejumlah 320 tawaran kompaun telah dikeluarkan ke atas premis-premis yang gagal mematuhi Peraturan- Peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. JAS juga telah menyediakan 81 kertas siasatan bagi diambil tindakan mahkamah atas
pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Sehingga Jun 2019, jumlah denda mahkamah yang telah dikenakan terhadap industri berjumlah RM 1,792,000.00.
- Selain itu, JAS juga telah memperkenalkan konsep pematuhan kendiri oleh industri melalui konsep Guided Self Regulations (GSR) dengan menekankan kepada 7 elemen Environmental Mainstreaming Tools (EMT) yang merupakan satu inisiatif JAS kepada pihak industri supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada sepanjang masa walaupun tanpa penguatkuasaan berkala oleh JAS. Pelaporan data pematuhan secara atas talian (online) juga telah diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan pematuhan kendiri kepada pihak industri.
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan lagi usaha mengurangkan penggunaan plastik selain kempen beg plastik dan meningkatkan kadar mengitar semula sampah?
JAWAPAN BELUM DITERIMA DARIPADA SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPBT), UPEN