Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

381) LAMPU SOLAR (TIANG MERAH KUNING)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah lampu solar (tiang merah kuning) dan apakah kawasan keseluruhan lampu solar yang telah dipasang di DUN Morib dan senaraikan jumlah dan juga kawasan yang akan dipasang dengan lampu solar tersebut?

    Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED di Seluruh DUN Negeri Selangor telah selesai dilaksanakan pada tahun 2022 dan 2023 untuk kesemua 56 DUN. Jumlah pemasangan lampu Solar LED di bawah program ini adalah sebanyak 790 bilangan dengan kos muktamad sebanyak RM 5,976,875.00. Bagi DUN Morib, jumlah keseluruhan pemasangan lampu Solar LED di bawah program ini adalah sebanyak 13 bilangan. Bagi Tahun 2024, tiada sebarang arahan/ peruntukan diterima untuk meneruskan program ini.

  2. Adakah penduduk boleh membuat permohonan untuk diberikan lampu solar (tiang merah kuning) di kawasan mereka?

    Ya, penduduk boleh memohon kepada Pejabat ADUN. Pejabat ADUN bertanggungjawab untuk menyelaras dan menentukan lokasi pemasangan dan dimajukan ke pihak JKR untuk pelaksanaan sahaja.

  3. Adakah ADN pembangkang boleh memohon untuk diletakkan lampu solar tersebut buat penduduk kawasan di DUN Morib?

    Ya, ADUN pembangkang juga diperuntukkan bilangan lampu Solar LED ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.