Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
116) LAMPU SOLAR PELBAGAI GUNA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri sedang jalankan projek pemasangan lampu tiang solar di Selangor. Berapa jumlah Tiang Lampu Solar akan dipasang untuk tahun 2022-2023?
Di bawah Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED Bagi Seluruh DUN Selangor, bilangan tiang lampu yang dirancang untuk dipasang adalah sebanyak 600 bilangan.
Pelaksanaan Program ini dibahagikan kepada 2 Fasa di mana Fasa 1 telah bermula pada 15.08.2022 dan dijangka siap pada 15.11.2022. Bilangan tiang lampu solar bagi Fasa 1 ini adalah sebanyak 390 bilangan untuk 31 DUN.
-
Adakah lampu solar ini fasiliti tambahan seperti Wi-Fi, CCTV dan Pemantau Pencemaran Udara?
Tiada fasiliti tambahan dengan peruntukan yang diterima. Namun, tiang lampu tersebut mampu menampung sebarang fasiliti tambahan sekiranya diperlukan pada masa hadapan.
-
Apa jumlah kos yang akan dibelanjakan?
Keseluruhan Peruntukan yang dimohon adalah berjumlah RM 6 Juta.
Peruntukan yang diterima untuk Fasa 1 sebanyak RM 3 Juta dan kos muktamad adalah sebanyak RM 2,984,175.00 (penjimatan RM 15,825.00).