Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
227) LAMPU SOLAR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini jumlah lampu solar yang telah dipasang dalam daerah Sabak Bernam dan senaraikan tempat/lokasi/jalan lampu solar dipasang bagi setiap Dun (N01,N02,N03,N04) dengan terperinci dalam daerah Sabak Bernam semenjak dilancarkan sehingga Mei 2024?
Jumlah pemasangan lampu solar LED di daerah Sabak Bernam adalah sebanyak 52 set iaitu 13 set bagi setiap Dun.
Lokasi terperinci bagi Dun N01, N02, N03 dan N04 adalah seperti di lampiran A.
-
Berapa harga serta kos pemasangan setiap sebuah lampu solar dari mula pemasangan sehingga selesai dan kos penyelenggaraan serta senaraikan syarikat-syarikat yang mendapat tender pemasangan dan penyelenggaraan?
Kos pemasangan bagi 1 set lampu solar led di daerah Sabak Bernam adalah sebanyak RM 7,481.30. Bagi tempoh 5 tahun pertama pemasangan, kos senggaraan adalah di bawah tanggungjawab Kontraktor dan Pembekal Lampu tersebut.
Syarikat yang berjaya dalam perolehan sebutharga terbuka bagi pemasangan di Sabak Bernam adalah SAR GLOBAL ENGINEERING.
-
Bagaimana cara pihak kerajaan menentukan lokasi pemasangan dan kepada agensi mana jika rakyat, penduduk, surau, masjid ingin memohon lampu solar?
Permohonan adalah melalui Pejabat ADUN. Pejabat ADUN adalah bertanggungjawab untuk menyelaras dan menentukan lokasi pemasangan dan dimajukan ke Pejabat Exco Infra. JKR akan menyemak kesesuaian lokasi untuk pelaksanaan pemasangan lampu tersebut.